KETUA PENGUATKUASA JAIP MATI DITEMBAK
KUANTAN - Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mati selepas terkena tiga das tembakan di rumahnya di Indera Mahkota 2 dekat sini hari ini.
Menurut sumber polis, Raflie Ab Malik dipercayai mati di tempat kejadian kira-kira 2 petang.
"Tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian itu," kata sumber polis kepada Bernama di sini.
Beliau berkata, ketiga-tiga suspek itu dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih selepas menembak mangsa.
"Suspek juga dipercayai memakai pakaian berwarna hitam dan berkopiah," katanya.
Beliau berkata, polis masih menyiasat kes itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad mengesahkan kejadian itu. - Bernama
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2013/11/ketua-penguatkuasa-jaip-mati-ditembak.html#ixzz2kEPQt84W
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..