Kahwin kerana telah diperkosa, kata bapa remaja cerai talak tiga
KULIM: “Saya kahwinkan dia kerana dia telah diperkosa,” astroawani.
Itu kata ayah kepada remaja perempuan Nor Fazira Saad, 13 yangdiceraikan talak tigaoleh suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20.
Ayah Nor Fazira, Saad Mustafa, 44, berkata demikian kepada akhbar The Star dalam satu laporan eksklusif ekoran kisah penceraian pasangan remaja terbabit yang tersebar luas di media.
Menurut Saad, dia mengizinkan pernikahan anaknya dengan Mohd Fahmi kerana Nor Fazira telah diperkosa oleh Mohd Fahmi dan dua kawan lelakinya empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan.
Saad memberitahu The Star bahawa kes itu telah dilaporkan kepada polis pada 15 Julai 2012, namun dia didatangi ibu bapa Mohd Fahmi selama beberapa hari berturut-turut merayu agar laporan itu ditarik balik kerana tidak mahu Mohd Fahmi disabit kesalahan dan menerima hukuman penjara.
Ekoran rayuan itu, dia sebagai bapa memahami permohonan mereka dan bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat serta menikahkan anaknya dengan Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 19 tahun pada 17 November 2012.
Nor Fazira turut memberitahunya pada Oktober 2013 bahawa dia tidak tahan dengan layanan keluarga mertuanya dan memutuskan untuk meminta cerai. Saad turut berkata bahawa keluarga Mohd Fahmi memang tidak menyukai anaknya dari mula perkahwinan dan Nor Fazira juga selalu didera secara fizikal serta tidak diberi makan oleh keluarga mertuanya.
Mohd Fahmi yang ditemui oleh The Star pula menafikan dakwaan Saad dan berkata dia hanya meniduri Nor Fazira setelah mereka sah diijabkabulkan.
Memetik Mohd Fahmi sebagai berkata kepada The Star, dia menceraikan Nor Fazira kerana bekas isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil.
Nor Fazira juga ujar Mohd Fahmi, biadab terhadap keluarganya dan tidak pernah memasak serta selalu keluar dari rumah sekiranya tidak puas hati.
Mohd Fahmi turut menafikan dakwaan bahawa Nor Fazira didera dan tidak diberi makan. Tambahnya lagi, keluarga mereka melayan Nor Fazira dengan baik walaupun perlakuan remaja wanita itu
bercanggah terus haha..mcm2
ReplyDeleteDirogol ???? Tapi gambar kahwin,sikit punyaa posing lagi. Cantikk sambil2 pegang tangan. Tak macam kena kahwin paksa cam citer2 Melayu dalam TV tu.
ReplyDeleteinilah dunia..bila sudah tidak sehaluan..
ReplyDeleteDia hanya menidurinya setelah sah diijabkabulkan, sebelum itu tidak pernah menidurinya tapi perkosa tumemang ada ada.
ReplyDeleteAdalah sesuatu yang amat payah (hampir mustahil) bagi seorang bapa untuk membuka keaiban anak perempuannya sendiri. Sukar dipercayai beliau sanggup menikahkan anaknya yg telalu muda ketika itu. Rentetan penceritaannya nampak lebih diterima akal demi untuk kebaikan anak perempuannya dan pasangan. Dari cerita pihak suami pula jelas menunjukkan kegagalan suami itu sendiri berperanan sebagai pemimpin keluarga, malah meletakkan kesalahan pd isteri. Nampak seperti melepaskan anjing tersepit.
Ayuh en. Saad, usahakan sesuatu untuk membatalkan penarikan laporan polis itu dan ambil tindakan pd pihak berkenaan. Ini adalah untuk memberi pengajaran kpd pihak yg menganiaya anakmu itu. Bertindaklah dgn lebih bijak!
drp bapa prihatin
Muka budak lelaki ni pon aku tgk dah mcm pantat lembu.. kurang ajar.. dah main x nak tanggungjawab
ReplyDelete