Thursday, November 21, 2013

Perghhh...KONSPIRASI SINGKIR SALLEH MAN PJ PAS. , DITIKAM BELAKANG .....Inilah Puncanya.PAS buat Sidang Media. ?


KONSPIRASI SINGKIR SALLEH MAN, DITIKAM BELAKANG ...

Ibarat 'pukul anak sindir menantu.' Cuba menyalahkan kerajaan negeri, tetapi sasaran sebenarnya adalah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang disandang YB Dato' Salleh Man yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam. 

Timbalannya Muhammad Fauzi Yusof, adalah antara nama yang disebut-sebut akan menggantikan Salleh. Kenyataan media ugutan oleh Fauzi adalah sebahagian 'konspirasi' pihak tertentu memburukkan imej pentadbiran Salleh. Fauzi adalah Yang Dipertua PAS Balik Pulau telah dilantik oleh Salleh sebagai Timbalannya. 



Dengan memberikan gambaran betapa lemahnya PAS di Pulau Pinang, kononnya 'dianaktirikan' kerajaan negeri, dijadikan boneka DAP dan PKR, imej Salleh berjaya dirosakkan sementara imej Fauzi diharap diangkat sebagai hero PAS Pulau Pinang. Ini bagi membuka mata Presiden PAS yang dijangka membuat pelantikan Pesuruhjaya negeri-negeri selepas Muktamar Agong parti itu yang akan berlangsung pada 22 sehingga 24 November depan. 



Namun, strategi itu bukan sahaja memburukkan imej Salleh, bahkan turut membusukkan imej PAS Pulau Pinang secara keseluruhannya. Rakyat terbanyak melihat pemimpin PAS Pulau Pinang sebagai kemaruk kuasa, haloba, gila jawatan.



Seorang bekas calon PAS pilihanraya lalu yang menghubungi saya berkata, " Ana malu, malu, malu ... awat depa tu pelahap sangat. Jawatan yang duk ada la ni pun tak leh nak buat, depa nak minta lagi ... ?" 



Sementara, AJK PAS Pusat yang juga Yang Dipertua PAS Bukit Gelugor, Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof pula berpendapat, PAS Pulau Pinang tidak bijak apabila bertindak mengugut keluar pakatan. 

Mujahid mengakui memang ada masalah yang timbul dalam konteks hubungan antara parti PR dalam kerajaan negeri dan ia perlu diselesaikan secara berhemah. 

"Tetapi membuat kenyataan secara publik dengan nada ugutan untuk keluar adalah sesuatu yang tidak bijak," katanya dipetik The Malaysian Insider. 

Saya yakin, tindakan memburukkan kerajaan negeri secara terbuka bukan perancangan Salleh. Beliau mempunyai hubungan cukup baik dengan pemimpin kerajaan negeri, terutamanya dengan Exco Agama YB Dato' Abdul Malik Abul Kassim. Mereka dilihat sering mengadakan pertemuan dan perbincangan berkaitan permasalah umat Islam di Pulau Pinang.

Exco Agama sering menjemput Salleh menyertai lawatan kerajaan negeri ke luar negara, terutamanya untuk menjayakan misi membina Hospital Wakaf Islam dan Sekolah Islam Antarabangsa di Pulau Pinang. 

Salleh sebenarnya ditikam belakang oleh rakan-rakan yang dilantiknya dalam pentadbiran PAS negeri. Golongan itu, kurang senang dengan mana-mana pemimpin PAS yang mesra Pakatan Rakyat ... 

Siapa mereka ? Dah terang lagi bersuluh .....

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..