Kerajaan Selangor dan Penang naikkan gaji exco dan wakil wakil rakyatnya, Pusat pun sama sama naikkan baguslah biar semua org kerja lebih rajin...
Tapi tang PR berusha langsai kan hutang, Pusat juga bertungkus lumus....... tapi untuk tambahkan hutang.......Tok Guru Terkejut Akan..pertemuan ini.
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pertemuan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai satu pertemuan yang tidak dijangka.
Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, sepanjang lebih 20 tahun beliau menerajui negeri ini, tiada pertemuan rasmi seumpama itu diaturkan.
“23 tahun baru boleh jumpa, payahnya menteri besar pembangkang nak jumpa perdana menteri, saya tidak tahu apa yang menyebabkan (perdana menteri) buka pintu.
“Insya-ALLAH, kita minta doa minta Allah buka pintu hati jangan menjadi syaitan merosakkan hati manusia, ingatkan syurga dan neraka, ingat apa yang kita buat apa sahaja akan mendapat balasan,” katanya semasa kuliah Mingguan di Dataran Ilmu semalam.
Pertemuan Ahmad berserta dua Exco Kerajaan Negeri, Datuk Hanifa Ahmad dan Datuk Dr Fadzli Hassan bersama Najib di Perdana Putra dianggap bersejarah kerana ia tidak berlaku di bawah pimpinan Nik Aziz.
Lebih menarik perhatian umum, pertemuan dua kerajaan itu diadakan sewaktu pimpinan Pas dan Umno masing-masing menyatakan kesediaan untuk mengadakan muzakarah.
Bagaimanapun, satu kenyataan dikeluarkan semalam menyebut pertemuan itu tidak membincangkan soal kerjasama politik, sebaliknya lebih memfokuskan isu infrastruktur negeri termasuk royalti minyak dan pelaksanaan hudud.
Difahamkan pertemuan itu dirancang selepas Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu, namun tidak dapat dilakukan kerana jadual Perdana Menteri yang padat.
Apabila tersebar berita MB Kelantan jumpa PM, ramai tertanya-tanya kerana itu bukan bahan berita.MB jumpa PM bukan berita, itu perkara biasa.Terkecuali pertemuan tu ada tujuan lain sebab aneh MB Pakatah Rakyat diterima mesra oleh Najib.Tan Sri Khalid Ibrahim dah jadi MB 2 penggal tak pun jumpa Najib.Sebenarnya tiada yg aneh sebab diKelantan dewasa ni banyak yg aneh sejak TGNA tak lagi jadi MB.
ReplyDeleteSemoga MB baru dapat..menahan sabar..Dari kesusahan dan kepahitan memrintah Negeri Kelantan.
ReplyDelete