Wednesday, December 18, 2013

Rafizi: Pemegang konsesi tol sudah mewah

  • Rafizi RamliRafizi Ramli
 1 / 1 
PETALING JAYA - Pemegang konsesi tol di negara ini telah pun menikmati keuntungan 'luar biasa' sehingga mencecah 61 peratus keuntungan bersih sebelum cukai dan kadar tol tersebut dipercayai antara yang tertinggi di dunia.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa pemegang konsesi yang dikuasai kerajaan itu seolah-olah 'lupa' terhadap pertambahan kenderaan di lebuh raya setiap tahun yang menyumbangkan keuntungan berlipat ganda itu.

"Dalam perjanjian konsesi telah menetapkan sasaran kenderaan yang perlu menggunakan lebuh raya, apabila jumlah kenderaan meningkat, keuntungan juga meningkat.

"Apabila kerajaan mahu menyemak semula kadar tol itu, ia menghina rakyat di kala kerajaan dan pemegang konsesi bermewah dengan keuntungan yang sudah terlalu tinggi," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut cadangan dan alasan kenaikan tol seperti mana yang dipertahankan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wahid Omar semalam sambil mengatakan pengguna jalan raya boleh membuat pilihan jika kenaikan tol terlalu tinggi, Rafizi menyifatkan ia sebagai kenyataan yang mengelirukan rakyat.

Menurutnya, walaupun kadar tol tidak dinaikkan, jumlah kutipan tetap meningkat dan margin keuntungan kekal tinggi kerana jumlah kenderaan yang menggunakan lebuh raya meningkat saban tahun.

"Pada 2010, Lebuhraya Plus menyaksikan peningkatan kepada 8 peratus melibatkan 417 juta kenderaan setahun manakala Lebuhraya Maju Expressway pada tahun sama mencatatkan kenaikan tertinggi iaitu 8.1 peratus membabitkan 78,982 kenderaan sehari.

"Dalam keadaan kos operasi yang rendah (kurang 10 peratus setahun), keuntungan yang dinikmati merupakan antara tertinggi berbanding industri lain," dakwanya.

Beliau menegaskan kenaikan itu juga 'tidak masuk akal' kerana majoriti daripada pemegang konsesi dikuasai kerajaan malah syarikat terbabit mendapat bantuan kewangan dan subsidi daripada kerajaan untuk melaksana dan mengendalikan lebuh raya bertol.

"Saya membidas sekerasnya keangkuhan Wahid yang memberi kata dua kepada pengguna jalan raya agar tidak menggunakan jalan bertol jika tidak bersetuju dengan kenaikan itu.

"Beliau (menteri) seolah-olah tidak duduk di negara apabila tidak memahami kepayahan rakyat yang terpaksa berdepan dengan kenaikan harga barang," katanya lagi/.Sinar HArian

2 comments:

  1. Menteri.buat.kenyataan.bangang.

    ReplyDelete
  2. Wahid ni masa keja kat Telekom dan Maybank bukan dia yg bayar sewa keta tol minyak dll smua FREE bro.duit dia satu sen pun tak kluq.smua kompeni TANGGUNG.HOTAK DIA FIKIR NAK KAYA JEE.HARAMJADAH

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..