Thursday, December 5, 2013

Suspek Curi Duit Tabung Masjid Di Pukul Sehingga Mati...


Seorang remaja lelaki maut akibat dipukul empat lelaki yang berjaya mencekupnya ketika sedang mencuri wang tabung di sebuah masjid di Pandan Indah awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun dikatakan cuba melawan untuk melepaskan diri, namun berjaya ditangkap.

Hasil soal siasat dilakukan penduduk, mangsa mengaku cuba mencuri wang menggunakan dawai sebelum dipukul sehingga setengah mati.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, sejurus menerima maklumat berhubung kejadian 10 minit kemudian, sepasukan anggota unit peronda polis (MPV) dikejarkan ke lokasi dan menahan mangsa selain turut merampas dawai yang dipercayai digunakan untuk mencuri.

“Sebaik tiba, polis mendapati mangsa sudah tidak berdaya dipercayai dipukul.

Pemeriksaan lanjut oleh pasukan forensik yang tiba telah menemui sebatang kayu dipercayai senjata digunakan untuk memukul mangsa.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Ampang bagi rawatan dan disahkan meninggal dunia pada jam 11 pagi hari sama akibat kecederaan parah di kepala, badan dan tangan serta kaki dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul,” katanya.

Amiruddin berkata, polis turut menahan empat penduduk terbabit terdiri daripada dua lelaki tempatan masing-masing berusia 27 dan 39 tahun, manakala dua lelaki warga asing berusia 19 dan 20 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

9 comments:

  1. Tak kanlah pukul sampai mati.

    Yg 4 org tu membunuh lagi besar dosanya.

    ReplyDelete
  2. hukum Allah tak jalankan ini lah padahnya.manusia banyak nak tunjuk pandai

    ReplyDelete
  3. pukul tu jd sbb mati.mgkin dia mati skt jntung. moralnya dh sampai ajal

    ReplyDelete
  4. Sebelum Allah jadikan manusia segala hukum hakam telah disediakan didlm alquran tapi kenapa umno bn nafikan bukankah diri kita ini kepunyaan Yg Maha Esa.

    ReplyDelete
  5. Bodoh punya manusia...kalu kena anak sendiri macamana..nak bust Tu agak agak let...skrgkan day jadi pembunuh...padan muka...

    ReplyDelete
  6. Inilah manusia.yang gunakan akal..bulan ikut hukum.

    ReplyDelete
  7. Palui! Sudah tangkap serah jak la pada pulis, kenapa mo pukul sampai mcm tu,kalau ada sedara mara 4 org pmbunuh tu terbaca komen sia ni, sia mo ucapkan tahniah, anda kini mempunyai keturunan pembunuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul tu...x pasalx risak kturunan

      Delete
  8. Hukuman mencuri sepatutnya potong tangan. Itupun setelah melalui perbicaraan yg adil. Bukan dibelasah sampai mati. Sesiapa yg menyokong tindakan 4 org yg membelasah mangsa sampai mati bertaubatlah. Jgn jadikan
    Islam sbg sandaran utk berlaku zalim. Takutlah kpd Allah, tuan punya & pemilik seisi alam Yg Maha Berkuasa lagi Maha Mengasihani.

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..