Sunday, January 5, 2014

Gempar Kemalangan Mengerikan .Injin Kereta Proton Preve .. Tercampak Keluar. Orang macam mana ?


4 GAMBAR MEMBUKTIKAN KERETA PROTON PREVE BUATAN NASIONAL CUKUP MANTAP .... ENJIN TERCAMPAK KELUAR NAMUN PEMANDU SEDIKIT PUN TIDAK MENGALAMI KECEDERAAN!!!




Walau pun enjin terpisah dari badan namun pemandunya sedikit pun tidak mendapat sebarang kecederaan .

Macam tak percaya jer .. macam tipu jer ... macam kelakar jer ... Tetapi itulah kenyataannya .

Semalam berlaku kemalangan jalanraya di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Ajil Terengganu melibatkan sebuah kereta Proton Preve yang dipandu oleh seorang wanita Melayu terbabas lalu melanggar penghadang jalan dan menyebabkannya terbalik beberapa kali.
Keadaan kereta agak teruk hinggakan enjin tercampak keluar. Namun, pemandunya (wanita berbaju oren) selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Mangsa dalam perjalanan dari Kg Serdang ke Jerteh, Besut.

Moralnya .. kereta ini untuk keselamatan penumpang dan pemandu kira ok .. keselamatan enjin kira hampeh. omak kite

6 comments:

  1. masyaallah dasyatnya eksiden ni.

    ReplyDelete
  2. Mungkin juga kemalangan ini berpunca di sebabkan masalah enjin. Sampai tercabut.... hanya di proton.

    ReplyDelete
  3. nak buat macam mana ye

    ReplyDelete
  4. Mungkin disebabkan oleh angin lintang. Laluan yg merentasi bukit2 selalunya terdedah kepada angin lintang.

    ReplyDelete
  5. Engine tercabut bukanlah satu kelemahan tapi ianya merupakan salah satu langkah keselamatan.

    Tujuannya bagi mengelakkan engine dari tembus atau terperosok ke dalam kabin pemandu yang akan mengakibatkan kecederaan yang lagi teruk.

    dengan keadaan bahagian depan yang remuk teruk macam tu, cuba bayangkan kalau engine terperosok ke dalam kabin, agak2nya camne lak rupa pemandu tu?

    kaedah keselamatan sebegini telah lama digunakan oleh syarikat2 besar terutama sekali untuk kenderaan yang menggunakan engine/bonet yang kecil (cth: toyota dan honda).

    If, nak maklumat lanjut, boleh buat research kat internet.

    ReplyDelete
  6. Engine tercabut bukanlah satu kelemahan tapi ianya merupakan salah satu langkah keselamatan.

    Tujuannya bagi mengelakkan engine dari tembus atau terperosok ke dalam kabin pemandu yang akan mengakibatkan kecederaan yang lagi teruk.

    dengan keadaan bahagian depan yang remuk teruk macam tu, cuba bayangkan kalau engine terperosok ke dalam kabin, agak2nya camne lak rupa pemandu tu?

    kaedah keselamatan sebegini telah lama digunakan oleh syarikat2 besar terutama sekali untuk kenderaan yang menggunakan engine/bonet yang kecil (cth: toyota dan honda).

    If, nak maklumat lanjut, boleh buat research kat internet.

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..