Kangar: Ketika majoriti umat Islam sibuk berselawat dan melakukan pelbagai ibadat sempena Maulidur Rasul Selasa lalu, sekumpulan warga emas di sebuah kampung di sini pula asyik berjoget dengan mak nyah di satu pesta joget lambak.
Pesta yang bermula jam 1 pagi itu bukan saja mencemarkan kemuliaan sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW, malah turut memalukan penduduk lain di kampung berkenaan kerana ia dilakukan secara terbuka di depan sebuah rumah penduduk.
Seorang penduduk kampung itu yang mahu dikenali sebagai Amir 30-an berkata, dia difahamkan pesta joget lambak itu dianjurkan seorang penduduk dan turut menjemput sekumpulan 10 hingga 15 mak nyah.
“Difahamkan juga, semua mak nyah itu yang berpakaian seksi dibawa khas dari Kedah dan mereka turut diiringi lima atau enam pemuzik tradisional yang mengalunkan muzik latar,” katanya.
Menurutnya, kumpulan mak nyah itu seperti pelayan pelanggan (GRO) yang menjadi teman menari kepada 20 lelaki kampung berkenaan yang berusia 50-an dan 60-an.
Apa nak jadi dengan Melayu Melayu kampong ini .....
ReplyDeleteMasa terbuang tu kalau di tanam Kangkong di tepi longkang rumah pun , dapat bagi hasil hujung bulan.
Geng2 tu yg dok pangkah BN
ReplyDeleteHanya puak puak UMNO aje yang rajin buat kerja kerja macam ni...lagi pun Jabatan Agama tak berani nak kacau mereka..!!
ReplyDeleteanda suka makan kangkung , saya pun suka makan kangkung....
ReplyDelete