Menurut Anwar, Dr Mahathir bimbang jika beliau dilantik mengetuai Selangor, negeri terkaya Malaysia selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac.
"Daripada dulu hingga kini memang semua salah Anwar, Ops Lalang pun dikatakan salah saya, padahal ketika itu yang menjadi perdana menteri Dr Mahathir, bukan saya,” kata ketua umum PKR itu ketika berceramah di Taman Impian Murni, Kajang.
"Dan tiba-tiba katakan pula dikatakan saya pro-Amerika Syarikat. Kemudian cuba melagakan PAS dengan PKR, ini semua membuktikan betapa takutnya beliau sekiranya saya menjadi menteri besar Selangor.”
Beliau mengulas amaran Dr Mahathir semalam yang mengatakan jika mahukan kerajaan yang pro Amerika Syarikat, rakyat boleh mengundi Anwar.
Anwar dan Dr Mahathir pernah bersama-sama memimpin kerajaan dan Umno sebelum dipecat atas kesalahan salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa pada 1998.
Selepas itu, pertarungan politik beliau yang pernah menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan bersama Dr Mahathir tidak pernah berhenti.
Dalam ceramah yang dihadiri hampir 300 yang rata-ratanya merupakan penduduk Kajang, Anwar berkata, Dr Mahathir dapat menjangkakan kemaraan Pakatan Rakyat (PR) menuju Putrajaya dengan kehadirannya bersama kerajaan negeri Selangor.
Hal itu sendiri turut diakui Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang turut berucap terdahulu sebelum Anwar.
Beliau berkata Mahathir cuba menjadi batu api untuk mengeruhkan hubungan sesama parti komponen PR.
Beliau berkata, amat menghairankan apabila Dr Mahathir tiba-tiba mengambil berat tentang kedudukan PAS di Selangor, walaupun semasa memerintah, parti Islam itu sentiasa menjadi mangsanya.
"Ini taktik kotor Dr Mahathir, Umno dan Barisan Nasional (BN) yang suka melagakan PKR, PAS dan DAP, sejak bila pula kamu begitu prihatin dengan PAS," katanya.
Khalid berkata, PAS tidak akan terpedaya dengan taktik Dr Mahathir dan Umno itu.
"Kamu (Dr Mahathir) ingat kami seperti kamu yang suka memainkan politik kotor, kita tidak akan terpedaya lagi, PAS berpegang teguh dengan pendirian akan menjadi kawan paling setia dan jujur menyokong Anwar di pentas Selangor ini," katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh.
Beliau juga berkata, selama ini Umno sentiasa mengkritik PAS kerana sedia bekerjasama dengan PKR dan DAP kebanyakan pemimpin bukan Melayu, tetapi tidak pada parti Islam itu yang disifatkan sesama Islam.
"Ia bukan tentang siapa namun lebih kepada apa yang dilakukan, kalau kita bekerjasama sesama Islam, namun pihak sebelah sana merompak?
"Namun sekiranya kita bekerjasama dengan bukan Islam dengan wawasan yang sama, iaitu mengutamakan kepentingan dan meringankan beban rakyat, harta diberi sama rata, maka kita tetap perolehi syariat dan pahala," katanya.
Kempen "Serampang Kajang" PR bagi PRK Kajang bermula selepas peletakan jawatan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Lee Chin Cheh.
Biarpun kehadiran penduduk tempatan pada malam tadi dilihat kurang memberangsangkan, namun Anwar tetap mempunyai penyokong yang setia.
Orang ramai yang hadir dapat menyaksikan sikap merendah diri ketua pembangkang itu di mana beliau tidak kisah untuk duduk di kaki lima bersama hadirin sementara menunggu gilirannya untuk berucap.
"Nama saya Anwar Ibrahim, saya bintang utama TV3 dan RTM," katanya ketika memulakan ucapan, sekaligus mengundang gelak tawa orang ramai.
Selain Anwar dan Khalid Samad, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR bagi PRK Kajang, Zuraida Kamaruddin, Timbalan Speaker DUN Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani dan Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw turut berucap malam tadi.
Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan sebelum ini, hari mengundi kepada PRK Kajang adalah pada 23 Mac sementara hari penamaan calon jatuh pada 11 Mac. – 18 Februari, 2014.

No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..