Saturday, March 8, 2014

Berita Bergambar : Ribuann Hadir Di Ceramah Anwar Semalam , Selepas Beberpa Jam Keputusan Mahkamah Dapati Anwar Bersalah


LANGKAH KAJANG AKAN TETAP DI TERUSKAN DAN REFORMASI 2.0 BAKAL DIADAKAN. KREDIT OMAK KAU



Tidak sampai tiga jam selepas keluar dari mahkamah di Putrajaya kira-kira pukul 8 malam tadi selepas disabitkan atas kesalahan liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul semula di Kajang malam tadi.

Sambil merasmikan bilik gerakan PKR di Kampung Sekamat di sini, beliau di hadapan lebih ribuan penyokong Pakatan Rakyat, DSAI begitu tinggi keyakinannya PRK Kajang akan dimenangi calon PKR walaupun beliau tidak layak menjadi calon lagi.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga berjanji akan turun padang berkempen bagi memastikan PR terus mengekalkan DUN itu walaupun siapa penggantinya.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengajak penyokong orang ramai membela Anwar dan seolah-olah membayangkan kemungkinan berlaku Reformasi 2.0 di ibu kota tidak lama lagi.

Beliau bertanya kepada penyokongnya sama ada mahu berjuang melalui pilihan raya atau berarak di jalanan dan ia mendapat sorakan hebat.

Azmin berkata Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan membuat keputusan esok sama ada untuk turun ke jalanan.

"Jika kita umumkan esok jam 9 malam di Dataran Merdeka, adakah anda bersedia? Jika kita umumkan esok jam 3 petang di Jalan Tuanku Abdul Rahman, adakah anda bersedia?" tanyanya

Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar bahawa 'Langkah Kajang' tidak akan terjejas walaupun beliau tidak boleh bertanding sebagai calon di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Bercakap kepada pemberita di luar perkarangan rumahnya di Segambut Dalam pada Jumaat, Anwar berkata, beliau akan terus memainkan peranan di Selangor.

"Saya tidak boleh bertanding, (tapi) saya akan memastikan dengan rakan-rakan saya dalam Pakatan Rakyat bahawa langkah Kajang tidak akan terjejas.

"Tidak kira siapa yang akan bertanding; mereka akan bertanding atas nama Pakatan, yang akan terus membangunkan Selangor.

"Saya akan terus memainkan peranan utama di Selangor," kata Anwar yang kelihatan begitu bersemangat.

Anwar dalam perjalanan ke Kajang untuk bertemu dengan pemimpin Pakatan Rakyat bagi membincangkan langkah seterusnya yang akan diambil untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Ketika ditanya siapa calon yang terlintas di fikirannya, Anwar berkata, beliau akan berbincang dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain mengenai perkara itu.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..