Saturday, March 1, 2014

BERITA SEMPOI NI ..PENGUNDI CINA BAYAR DEPOSIT CALON PAS ....( DATO DR MUJAHID YUSUF RAWA )

CINA BAYAR DEPOSIT CALON PAS ....

Tahun 2008 Ah Tek telah mengeluarkan wang simpanan beliau untuk membayar deposit pencalonan saya sebanyak RM5k. Ketika itu perasaan saya benar-benar tergaman dan tidak terkata-kata.
Ini pula Ah Tek, tulang belakang kejayaan pengundi Cina di Kuala Kurau. Sentiasa bersama semasa susah dan senang.

Tidak mahu mengejar kedudukan dan hanya mahu melihat PAS berjaya. Beliau pernah berkata:

"Wa mati pun takpa kalau PAS punya pasai..lu mesti mau keleja baik-baik".

Tahun 2008 beliau telah mengeluarkan wang simpanan beliau untuk membayar deposit pencalonan saya sebanyak RM5k. Ketika itu perasaan saya benar-benar tergaman dan tidak terkata-kata.

Kini, Ah Tek mengusahakan perniagaan mee yang dibuat secara "by hand" dan semua orang Kuala Kurau sangat menggemari mee yang dibuat oleh Ah Tek.

Anak anak anak Ah Tek seperti anak saya. Saya sangat rapat dengan anak-anak Ah Tek. Mereka juga bergaul baik dengan anak-anak saya.

Tribute buat "the unsung hero" ini supaya kisah ini diketahui seluruh dunia.

Mereka ialah insan-insan yang tidak mengejar nama tapi keikhlasan perjuangannya amat tinggi sekali.

Buat Ah Tek dan rakan-rakan yang lain, Gong Xi Fa Cai!

1 comment:

  1. persaudaraan yang dituntut olih ISLAM....moga ALLAH berkati perjuangan DR...insya ALLAH..

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..