MH370: (Gambar) Pilot MAS benarkan dua wanita masuk ke kokpit?
KUALA
LUMPUR: Satu siasatan dalaman sedang dijalankan oleh Malaysia Airlines ke atas
dakwaan yang dibuat dalam program televisyen Australia bahawa krew penerbangan
MH370 yang hilang telah menjemput dua orang wanita masuk ke dalam kokpit semasa
penerbangan Kuala Lumpur-Phuket pada 2011.
Dakwaan dibuat oleh Jonti Roos
dalam program 'A Current Affair' itu turut memaparkan gambar-gambarnya bersama
seorang lagi rakan, Jaan Maree, di dalam kokpit.
Menerusi program itu
Jonti berkata dia dibenarkan untuk berada di dalam kokpit bersama-sama dengan
rakannya sepanjang penerbangan yang memakan masa satu jam.
pray for mh370
ReplyDelete