Thursday, March 27, 2014

Pelancong Dari China Turun Mendadak. Satu Tamparan Hebat Kepada Indutri Pelancongan Malaysia..


TRAGEDI MH370 .. PELANCONG DARI NEGARA CHINA MERUNDUM DAN ADA AGENSI TERUS BATAL KERJASAMA DENGAN MAS.



Ekoran insiden MH370, jumlah warganegara China yang ingin melancong ke negara ini telah menurun mendadak.

Harga untuk rombongan melancong ke Malaysia turut menurun kepada kira-kira RM1,595 hingga RM2,126.

Terdapat juga agensi pelancongan Beijing yang memutuskan hubungan dengan Malaysia Airlines (MAS) dan bersedia memulangkan bayaran yang diterima.

Fazhi Wanbao melaporkan Agensi Pelancongan ZhongQing umpamanya telah menghentikan kerjasama dengan MAS dan bersedia memulangkan bayaran kepada pelanggan atau membantu mereka menempah tiket syarikat penerbangan lain.

Menurut akhbar itu lagi, banyak rombongan ke Malaysia terpaksa dibatalkan apabila jumlah peserta berkurangan.

Jingjua Shibao pula melaporkan beberapa agensi pelancongan dari China telah menerima permohonan pelanggan untuk menundakan rancangan melancong ke Malaysia.

Salah sebuah agensi pelancongan di Beijing dilaporkan perlu menguruskan purata 10 kes setiap hari berhubung permintaan pelanggan yang mahu menundakan rancangan bercuti di Malaysia.

Sementara itu, Wall Street Journal melaporkan, kira-kira 10 peratus pelancong ke Malaysia adalah dari China dan mereka menyumbang enam peratus kepada pendapatan sektor pelancongan negara ini. Omakau

4 comments:

  1. beberapa hari lagi, satu lagi konsert maksiat akan dibuat di sepang sempena f1......tak serik2 kerajaan malaysia ni..dlm keadaan negara dilanda pelbagai masalah, mh370, budak2 mati overdose dadah di bukit jalil, satu lagi konsert maksiat akan dibuat lagi di sepang, konon sempena F1 sepang tak lama lgi..sape yg benarkan konsert tu kalau bukan kerajaan??

    ini menunjukkan kerajaan betul2 tidak peduli dgn keadaan negara, tidak amik iktibar dari peristiwa semasa yg berlaku dlm negara.......

    kenapalah bengap2 belaka menteri malaysia ni?

    betul2 munafik puak2 ni...bila mh370 diisytiharkan hilang di lautan hindi, semua saluran tv dok siar rancangan agama, mengaji quran termasuk la tv maksiat utama tv3......tak sampai berapa hari, nak buat konsert pulak,,,ape kejadahnya semua ni..mengundang bala belaka

    ReplyDelete
  2. Tak hairan pun kalau Cina dari Negara China ni tak datang. tak datang langsung lagi baik!! datang sini pun jadi pelacur, kena tangkap kemudian lepas balik! di mana kesudahannya?

    ReplyDelete
  3. TAK DATANG pun tak apa.Apa guna kalu yg datang GRO dan ayam je kannnn

    ReplyDelete
  4. Mereka tk sedar..negara mereka la punca segala2nya..negara satu lagi ambil kesempatan..

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..