Wednesday, April 16, 2014

[ Heboh ] Wardina Safiyyah kritik Ustaz Don di facebook ? Alimkah orang Yang Bertanya

[ Heboh ] Wardina Safiyyah kritik Ustaz Don di facebook ?

Wardina Safiyyah kritik  Ustaz Don di facebook - Wardina telah menyeru para ulama, ustaz dan mufti di Malaysia supaya menyemak semula kandungan ceramah oleh Ustaz Don Daniyal kerana dikhuatiri menyebarkan maklumat tanpa rujukan. Sebelum itu Wardina ada berkongsi mengenai kompilasi video ‘KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL‘ dari seorang wanita yang bernama Nur Puteri Dayana dengan kapsyen 
Perkongsian Wardina ini telah menimbulkan pelbagai reaksi, ada yang menyokong dan ada yang menghentam tindakan beliau yang menegur Ustaz Don secara terbuka, dan Wardina telah memberi respon berikutnya :
We have a right to ask…. We SHOULD ask. Yes even to our ustaz and ustazah. Dari mana sumber ini? Siapa yang berkata ini? Apa lanjutan cerita ini? Saya musykil dengan jawapan ustaz..bolehkah ustaz terangkan lagi… ?
Ya, kerana para sahabat juga bertanya kepada Nabi saw. Dan Nabi membenarkan…. Saya sering merujuk ayat ini dalam Surah Al Baqarah ayat 260.. dimana Nabi Allah Ibrahim as sendiri bertanya.. bertanya kepada Allah….Nabi bertanya kepada Allah? Tidakkah Nabi percaya??? untuk apa? Kerana dengan bertanya kita mencari jawapan..supaya? Supaya hati menjadi lebih tenang… Surah Al Baqarah:260
“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-mahkluk yang mati?” Allah berfirman: “Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanKu)?” Nabi Ibrahim menjawab: “Bahkan (aku percaya dan yaqin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang sangat-sangat ingin menyaksikannya)”. 
Bertanyalah dan para ustaz jawablah persoalan kami ini .. bukalah minda kami.. jangan suruh kami ikut kamu, namun suruh lah kami mengikut Quran dan Sunnah Nabi saw.
Bagi admin agak serius permasalahan kritik mengkritik dalam isu agama ramai yang sensitif jika ada segala kemusykilan elok lah di bincangkan secara elok bersama mereka-mereka yang punyai kebolehan. Credit Wanista

8 comments:

  1. Kdg2 ustaz no perasan. Yg elok Kita dgr je jgn sanjung2 Tu jdinya. Kira bust amal elok2 kalau ulamak ustaz x solat subuh KE buat x baike sampai bila Kita sokong. Kita buat amal je ikut prentah Allah. Soalnya bila mati Kita kena jwb. Sapa2 pun x leh tlg ok

    ReplyDelete
  2. Aku pun tak ngam dengan ustaz don ni sejak dia beri komen bersetuju dengan rampasan kuasa kudeta as sisi terhadap dr morsi. Hujah ust don ni dangkal dan tak tepat langsung dengan menyebelahi kudeta mesir.

    ReplyDelete
  3. jgn korang coba2 lwn don juan, nanti Ufti tua dari negeri Gagsa hukum bughah...tak pasal2 halal darah korang, aku x berani...

    ReplyDelete
  4. Kita nak belajar agama takleh berpandukan TV, Internet dan Buku Semata.

    Kena datang kelas, boleh bincang2 dengan yang Bertauliah.

    Dah2, Jangan gaduh2. Kita settle slow2. Harap Everyone take note. :)

    ReplyDelete
  5. Pernah Ustaz Don ckp Tu sesat ni sesat. X pyah ckp la. Amalan Kita Alah yg tentukan Syurga Neraka. Sapa2 pun jgn perasan. Bust amal baik2. Takut Kita sokong Kita masuk Neraka psal terpegun ceramah Ustaz2. Pakai akal fikir2 sendiri. Kdg2 Ustaz beri ceramah ckp Org Tu Org ni bust lawak. Dgr betul2 betul ke cererte tu atau tikok Tambah buat dosa je. Ceramah berul2 jgn lawak tpi bohong. X cayadgr lawak2 Tu betulke

    ReplyDelete
  6. Ustaz.don.ni.jgn.jadi.macam.ustaz.umno.

    ReplyDelete
  7. Rampasan kuasa oleh kudeta mesir al sisi terhadap morsi..siapa sbnarnya pengkhianat agama? Al sisi atau morsi?? Dah terang dan jelas bg siapa yg mengikuti perkembangan mesir sejak awal akan mengatakan morsi adalah pembela agama yg sbnar,bukti sgt bnyak...so salah satu komen ustz don berkenaan hal ni aku terpaksa tolak kerana tidak benar..harap sgt ustz perbetulkan kenyataannya jika benar dia menyokong rampasan kuasa kudeta mesir oleh si pengkhianat al sisi tersebut..masih belum terlambat..

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..