Inilah bentuk laporan Polis yang dibuat
Penjelasan Punca Sebenar Mohd Said Buat Laporan Polis Dakwa Diganggu Laungan Azan Yang Nyaring..15 biji corong speker terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.
Para pegawai Polis dan AJK masjid dihadapan rumah pereport
Hari ini, satu artikel pencerahan ditulis oleh seorang penduduk di kawasan kejiranan masjid itu. Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang menerangkan punca sebenar kejadian itu berlaku. Jom baca penerangan beliau dibawah:
Assalamualaikum
Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?
Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :
Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.
Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.
Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari......nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu....Anti Masjid....maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi.
Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.
Rasullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah
Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.
Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang
saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.
Wassalam.
~Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang
kaji dulu sebelum halau. kalau dah speaker tu menghala tepat ke rumah dia, dia pulak dalam rumah dah macam duduk dalam tempat kenduri yang memekak pasang lagu kahwin memang la marah. bukan dia je sapa2 pun marah kalau itu jadinya.
ReplyDeletekalau azan boleh terima tapi kalau bacaan Al-quran dan talkim @ talhim memang patut slow kan aja. kalau nak juga buat azan dua kali ada juga kisahnya.
generasi bundle
Bacaan Quran ni dengar aje pun dah dpt pahala. Lagipun bila ada bacaan Quran, syaitan lari lintang pukang dan berkat rumah yg mendengarnya. Laungan azan dan bacaan Quran juga dpt mengingatkan kita supaya solat, tetkala kita terlupa. Untung sesiapa yg rumah dekat masjid.
DeleteTapi itulah, org skng lebih senang dengar gangnan style berbanding ayat Quran. Klu gangnam style, bergegar rumah pun tak apa.
Kat tempat aku muar johor, satu klrga cina masuk Islam sbb selalu dengar azan, bacaan Quran serta khutbah jumaat dan kelas agama. Sekarang cina Muslim tu anak beranak sentiasa ada di masjid tiap Kali waktu solat. Aku nampak selalu keluarga ni bersihkan masjid tu.
DeleteKesian, org melayu Islam pulak yg tak suka bunyi azan dan ayat Quran.
Conclusion...mcm org bercinta,apa pun suka...klau hati dah jadi batu....waallahhualam
DeleteAlhamdulillah sbb rumah aku dekat masjid. Suara bilal yg baca Quran dan azan walaupun tak berapa sodap dongar tapi byk membantu aku sekeluarga.
DeleteTerima kasih Bilal Hj Mat Zin
Syaitan memang tak suka bilal memperdengarkan pujian kepada Allah untuk manusia terutamanya pd waktu hampir subuh
Deletejln 9/10 lagi dekat masjid takde org bising.. huhu aku rindu tmn air biru pg.. 2000~2001
ReplyDeleteSeksyen 7/5 bdr Baru bangi dekat masjid. Seronok bila selalu dengar ayat Quran dan azan. Ramai khariah penuhkan masjid. Setakat ini alhamdulillah tiada khariah yg bising tapi ramai yg cadang buka bacaan ayat Quran bila hampir tiba waktu sembahyang
DeleteKena check dulu, apa isunya yang utama, kadangkala berita yang disampaikan hanya sekerat-sekerat.. Bacaan quran sebelum azan tak wajib dikuatkan.. Ini ada di dalam hadith rasullullah. Jika azan ok. apa-apa pun kena siasat kerana jarang sangan orang islam buat laporan azan
ReplyDeleteBiasanya klu tak suka berjemaah di masjid, azan pun tak suka dengar
DeleteMungkin dia ada cucu atau anak baru lahir kot. Dia tak nak azan kejutkan anak cucu dia turrr.
DeleteTapi......seeloknya budak2 kena selalu bg dengar azan.
Tanpa Nama
ReplyDeleteApril 14, 2014 at 12:45 PM
Setuju saranan anda.
Pengalaman yang sama saya hadapi.
Tak salah melakukan sunat sebelum azan.
Zaman mutakhir ini perkara-perkara Bidaah berleluasa.
Hingga ada yang menyanyikan lagu-lagu nasyid yang mereka anggap sunat atau sunnah.
Apa niat mereka sebenar tidaklah diketahui...adakah untuk test suara sedap dan merdu ?
Speaker betul-betul tepat menghala ke rumah.
Apakah tiada garis panduan yang dikeluarkan oleh Pejabat ugama negeri-negeri.
Tahun 50'an, 60'an kampung-kampung yg tiada kemudahan elektrik tiada pula berbangkit isu seperti ini.
Harap pihak berkuasa Pejabat Agama memandang serius isu ini kerana Bidaah itu adalah mengadakan perkara yang tiada di zaman Rasul dan para sahabat.Juga Bidaah adalah pekerjaan Syaitan.
Malu kita apabila mereka yang bukan Islam mentertawakan kita.
Puncanya hanyalah apabila mereka-mereka yang jahil melakukan perkara-perkara ini.Menganggap segalanya betul atas nama Islam.
Klu tak suka nyasid tu tak apa la jugak. Tapi klu tak suka dengar ayat Allah atau azan, itu sudah kira beratlah
Deletesebenarnya ramai orang sama ada muslim atau bukan muslim yang tak puas hati dengan bacaan-bacaan sebelum Subuh selain dari azan.. termasuklah aku.. tetapi sebab tak mau kecoh dan disalah sangka, pendam dalam hati saja.. orang Melayu ni suka beremosi dalam menghukum.. di johor sendiri kalau tak silap, bekas Mufti Datuk Noh Gadut dah tegur..
ReplyDeleteDengar azan dan ayat Quran dapat pahala bukannya dpt dosa. Drp dengar lagu dangdut, kan ker elok klu dgr azan
DeleteMana la budak2 muda nak suka masjid klu yg tua pun report polis bila dengar azan kuat sikit
Deleteramai penyokong mohd said ni rupAanyer... apa nak jadi... hati berkarat.. seruan dari Allah rasa benci.. lau x suke pasal speaker kuat ke ape ke p la jumpe ajk masjid, apa kes sampai report2?.. banyak2 beristigfar saudara/i ku...
ReplyDeletepasang volume kecil2 sudah memadai.tak perlu tayang kat semua orang yang kita sedang beribadat.kalau pasang kuat2 supaya semua tahu kita sedang beribadat, itu sudah tidak ikhlas namanya..
ReplyDeleteBukan niat nak tunjuk2 tapi kita nak ajak org ingatkan waktu solat dah dekat. Kita nak ajak org bangun subuh dan pergi masjid solat sama2. Ayat Quran klu bg org yg terbuka hati akan menenangkan jiwa. Bukan menyakitkan telinga.
DeleteTakut bila azan slow, korang tarik selumut balik. Ustaz aku Kata, bila dengar azan cepat2 bangun gi masjid. Tarik selimut tu spt tarik kulit babi
Anonymous April 14, 2014 at 3:36 PM
ReplyDeletebukan kami menyokong tp bilal maskid atau surau jgn la melampau2 psg speaker kuat2 masa tarahim ,klu nk kuat ms azan tak ada siapa melarang.
klu tarahim tu suara sedap tak pe jgk,ini suara bilal mcm org mamai br bangun tidur.aku pun tak suka.
klu ms azan nk psg speaker kuat mn pun aku tak marah.kdg2 ajk surau/masjid ni ditegur pun buat tak reti bahasa juga.
lagi pun tarahim tu sunat je,volume ms tarahim tu psg sederhana cukup la.
ms azan psg speaker maksimum tak siapa yg melarang
Kalu gangnam style ngan konsert tu bukak speaker volume maksimum sampai gegar rumah pun tak ada sesapa marah kan? Siap goyang kaki lagi kan kan kan......
DeleteSuara bilal memang la tak sedap sbb bilal dah tua... Ko tau kenapa? Sbb yg muda2 ikut nasihat syaitan tarik selimut kulit babi.
DeleteKalau nak dengar suara sedap dan tak mamai macam org bangun tidur, dengar aje Siti noraliza ngan k-pop...... Faham?
kalau semua org faham hukum dan adab2 dlm Islam yg sebenar insaallah hal2 macam ne dapat dihindarkan..lagi satu kita ne mendabik dada kononnya mempertahankan Islam dan khalimahnya..nama Allah pun dipertahankan..mmg langkah terpuji..tetapi klu dengar azan pun buat tak tahu dan lebih selesa untuk terus tidur..org kata CAKAP TAK SERUPA BIKIN..tu cakap2 golongan Munafik...
ReplyDeleteSetuju. Kalau hati dah sayang dengan Islam, tak timbul masalah report polis bila dengar bacaan Quran, tarahim dan azan. Laungan tersebut hanya dibacakan oleh bilal sebab waktu solat dah dekat, bukan waktu tengah malam pun. Bacaan itu juga mengingat dan mengajak kita beribadat. Bukan ajak kita buat benda tak baik pun.
Deleteselepas kewafatan Nabi Muhamad s.a.w ..syadina Bilal telah keluar dari kota Mahdinah kerana terlalu sedih hingga satu mlm beliau bermimpikan rasulullah..beliau kembali ke kota Mahdinah dan atas permintaan Syadina Hussin dan Hassan beliau melaungkan azan..mendengar azan Bilal, keluar seluruh masyarakat Islam Mahdinah sambil menangis dan meraung kerana menyangkakan Nabi hidup semula dan rasa sangat rindunya mereka kepada baginda..tapi kita kini mendengar azan pun ramai yg tak perduli...
ReplyDeleteBukan sahaja tak peduli, tapi ramai yg marah sbb azan mengganggu tidur mereka pd waktu subuh. Biasa la SBB syaitan sentiasa menggoda manusia...
DeleteTUAN RUMAH ELOK BERI NOTIS PINDAH AJE DALAM TEMPOH SEBULAN.
ReplyDeleteKALAU TIDAK aHLI QARIAH PULA PULAU TUAN RUMAH.
APA MACAM SETUJU?
ko xstrmse nak bela sokong fikir dan fahami yg salah d buat ajk tuwalaupun kita islam namun kita tak buat sesukahati halau org siapa ajar ko perkosa jgn biadap kita ada undang2
Delete1740.....klu tak suka dengar azan yg fungsinya ingatkan kita solat khususnya berjemaah, baik la angkat kain baju pindah tempat lain yg jauh dr masjid. Tak pun duduk dlm hutan
DeleteBacaan ayat2 Al-Quran sebelum azan terutamanya masuk waktu subuh bertujuan nak bagi tau umat islam supaya bersedia untuk ke masjid bg menunaikan solat berjemaah. Kalau dah azan baru bangun, gerenti tak sempat nak berjemaah di masjid. Ada tempat-tempat lain yang membaca zikirullah. Tapi kita tak tau masalah sebenarnya apa. Langkah terbaik alihkan arah pembesar suara tu. Kalau masing-masing bertolak ansur, taklah kecoh hal ini. Bersangka baik itu yang terbaik.
ReplyDeleteTujuan azan untuk apa?
ReplyDelete1. ajak muslim solatkan.....bukan buat bising.
atau saja suka suka nak tunjuk a kami very islam....so, what nabi says?
1. Tujuan bacaan Quran bukan nak tunjuk2 tapi ajak khariah bangun Dan bersiap ke masjid. Berjemaah tu wajib fardhu kifayah.
Delete2. Klu azan sja yg diperdengarkan, takut tak sempat berjemaah pulak. Sebaiknya kita dah tiba masjid dulu sblum azan.
3. Bacaan Quran atau zikrullah utk kejutkan kita supaya ke masjid. Kita bukan macam org zaman nabi. Dulu gi masjid satu kemestian. Skang imam merayu2 suruh gi masjid pun susah nak dtg.
Org beriman bila disebut nama Allah akan gementar hatinya....
ReplyDeleteSebaliknya yg tak kuat iman, mereka marah bila nama Allah dilaungkan dengan kuat
DeleteSaya mintak kita masyarakat islam berfikir secara bijaksana dan berhemah sebelum kita membuat keputusan emosional menghalau terus pembuat repot tanpa berfikir secara menyeluruh. Kita kena ingat dia ni manusia juga, cuba tengok dalam repot dia kan dia cuma kata "volume" yang terlalu kuat, bukan dia membenci ayat tahrim dan azan itu sendiri. Come on lah! Manusia memang boleh tahan paras bunyi hingga tahap tertentu saja, jika lebih tinggi lg boleh merosakkan gegendang telinga. Ahli-ahli masjid kena berfikiran bijak dan mendengar dulu keluhan beliau jgn terus melenting je melabelkan dan menghalau beliau tanpa perbincangan mendalam dan bijaksana. Lg satu majlis org kawin org melayu kita pun bnyk yg pasang muzik bukan main kuat sampaikan sebelah menyebelah pun cakap tak dpt dengar. Cuba la pikirkan...Kita org melayu dan islam kena berfikiran hebat dan canggih supaya org islam melayu boleh jadi maju. jgn tunjukkan cara berfikaran zaman feudal nanti kita ketinggalan dalam semua segi.
ReplyDeleteAzan kuat pun tak nak bangun subuh, inikan pulak klu azan pelahan. Bakal tak solat subuh terus la jawapnya
DeleteSetakat ni tak pernah pulak aku dengar azan boleh merosakkan gegendang telinga dan menjadikan seseorang pekak.
DeleteTapi kalu org yg buat2 pekak bila dengar azan ramai la aku tengok...
Dengar bilal menyeru dan memuji nama Allah dengan kuat pun boleh rasa marah....pelik manusia ni.....
Deletememang puak syiah
ReplyDeleteSelalunya yg tak berapa nak suka dengar azan ni ialah puak2 yg suka layan gangnam style ngan k-pop
DeleteAtau org tua yg suka layan dangdut
DeleteCita2 sya nak rumah berhampiran masjid.skrg ambik masa kerah anak dan ajak suami jamaah.sya berdoa bila rumah kat masjid.masa baca quran .mereka dah boleh bsiap.ingat masa kat asrama sek tinggi kluang dulu bila org ngaji.masa itulah terbangun utk mandi.sblum solat.betul tu klu dah cinta Allah semua manis.tapi klu hati dah hitam atau sikit2 hitam.mcm2 alasan
ReplyDeleteTak suka azan jangan jadi orang islam
ReplyDelete