Lebih separuh daripada 1,005 responden yang menyertai servey yang diarahkan oleh The Malaysian Insider menyifatkan pencapaian BN sejak Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai 'sangat lemah' manakala 45% menyifatkan parti utamanya Umno sebagai lemah.
Responden berkata parti pemerintah itu gagal mengendalikan kos sara hidup atau mengendalikan hal ehwal ekonomi, menunjukkan kepimpinan yang negatif, gagal melaksanakan janji pilihan raya dan menguruskan rasuah.
Hanya 31% responden yang dihubungi melalui telefon, merasakan BN yang menang dengan majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 melakukan kerja dengan cemerlang, manakala selebihnya tidak pasti atau enggan untuk memberikan komen.
Sekali lagi responden Cina sepakat tidak memberikan sokongan kepada BN manakala Melayu memberikan lebih sedikit sokongan kepada BN.
Kedua-dua pengundi bandar dan luar bandar berkata mereka kecewa dengan pencapaian BN dengan 53% daripada responden berumur 21 - 40 menyifatkan BN sebagai tidak bagus.
Responden dipilih berdasarkan kaedah pilihan secara rawak berdasarkan sampel strata bagi setiap kaum, jantina, umur dan kawasan parlimen di seluruh semenanjung Malaysia.
Kajian ini dibuat bermula 7 Mac 2014 dengan pilihan responden yang selaras dengan populasi setiap kawasan parlimen.
Majoriti responden Cina berkata pencapaian Umno lemah, manakala Melayu dan India berpecah secara sekata tentang pencapaian parti Melayu itu.
Kajian itu tidak menunjukkan pecahan kaum untuk bandar dan luar bandar tetapi berkata penduduk kampung berpecah tentang pencapaian Umno, manakala penduduk bandar tidak berpuas hati dengan parti tonggak komponen BN itu.
Isu utama rakyat adalah kos sara hidup, jenayah, korupsi, perpaduan nasional dan peluang pekerjaan, menurut kajian itu.
Ramai responden (40%), samada dari bandar atau luar bandar amat bimbang dengan kos sara hidup. Jenayah kedua (24%), korupsi (13%), perpaduan nasional (11%) dan peluang pekerjaaan (7%).
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak nampaknya mempunyai pencapaian yang baik dengan 42% berkata presiden Umno itu menjalankan tugas dengan cemerlang manakala 39% memberikan kata tidak bagus kepada beliau.
Kajian itu juga menunjukkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disifatkan oleh responden Melayu sebagai pemimpin yang menjalankan tugas paling baik.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin adalah kedua, manakala Pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketiga.
Najib di tempat kelima di belakang Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Minggu lalu, kajian yang dibuat oleh Merdeka Centre mendedahkan rasa tidak puas hati terhadap Najib jatuh daripada 40% Disember lalu ke 44% dalam bulan Mac.
Ia ekoran kritikan teruk terhadap Putrajaya dalam isu kenaikan harga barang, antara yang menjadi isu utama.
Kajian juga menunjukkan bahawa penilaian kelulusan terhadap Najib kekal tidak berubah pada 52% bulan lepas berbanding dengan Disember lalu.
Pada bulan Disember, penilaian kelulusan Najib susut kepada paras terendah sebanyak 52% berikutan siri langkah-langkah untuk mengurangkan bajet defisit yang kronik untuk Malaysia.
Kenaikan harga, bagaimanapun, menyebabkan kemarahan orang ramai yang meluap sehingga puluhan ribu menyertai perhimpunan anti-kenaikan harga di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada malam Tahun Baru. – 9 April, 2014.
Lemah? Salah tu, yg sebenarnya teramatlah lemah!
ReplyDelete