Wednesday, April 23, 2014

Perghh ::: Aksi “gelojo” wanita bertudung dengan kekasih dalam kereta dirakam

Aksi “gelojo” wanita bertudung dengan kekasih dalam kereta dirakam

MEMALUKAN, itulah perkataan yang sesuai menggambarkan perbuatan tidak
senonoh dua individu dipercayai sepasang kekasih apabilatanpa segan silu melakukan
 maksiat dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta belakang lorong kedai,
Jalan Datuk Lim Hoe Lek di sini, petang semalam.
Perbuatan terkutuk pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu sempat dirakam
orang awam kebetu-lan berada di kawasan itu.
Lebih memalukan, pasangan wanita yang melakukan adegan itu nampak sopan
 dengan bertudung dan berbaju kurung. Orang awam dikenali sebagai Fook berkata,
 adegan memalukan dalam keretajenis Proton Saga itu berlaku kira-kira 20 minit.
Menurutnya, dia kebetulan di pejabat berhampiran kawasan itu ternampak kelibat mencurigakan pasangan terbabit sebelum keluar meninjau kerana bimbang berlaku
kejadian jenayah di situ.
“Selepas mengamati barulah saya tahu peristiwa sebenar di mana pasangan kekasih
 itu sedang asyik bermadu asmaradi tempat terbuka tanpa segan silu,” katanya.
Fook berkata, tidak lama kemudian dia ternampak kereta itu beredar namun
 masih berlegar di kawasan terbabit sebelum meninggalkan kawasan itu.
Sementara itu, seorang pekerja swasta di kawasan berkenaan yang mahu
dikenali sebagai Rahman berkata, lorong belakang yang agak tersorok dan jarang
dilalui kenderaan memberi
kesempatan kepada pasangan gelojoh nafsu seperti itu melakukan aksi terlarang.
Dia berkata, beberapa rakannya pernah menceritakan terserempak dengan pasangan
kekasih yang sedang memadu asmara dalam kereta seperti mana aksi yang dirakamkan itu.
“Kalau boleh, pihak berkuasa agama turut memberi tumpuan dan membuat rondaan
 di kawasan lorong belakang bagi membendung gejala negatif ini.
“Mungkin pasangan kekasih seperti itu berani melakukan maksiat kerana mereka tahu
kawasan itu ‘selamat’ dan tersorok,” katanya.

1 comment:

  1. Dengan Nama Allah SWT
    Orang yang merakam atau memetik gambar aksi pasangan berasmara dana di dalam kereta dan empunya N3 boleh di tariff bersalah kerana seronok tumpang sekaki . Kenapa dok sibuk rakam aksi berahi sahaja , jika nak benteras aksi berahi sepatutnya rakam nombor kenderaan pasangan tersebut baru lah betul dan mudah di kenal pasti. Ini tak ada aksi rakam adengan tak senonoh je , itu yang ada di dalam otak orang yang merakam aksi tersebut!!!!Tak ada cerita yang boleh bantu menjana buah fikiran yang membina insaniah, asyik asyik upload gambar berahi je. Gosh apa da

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..