Sunday, April 27, 2014

Perghhh..Menjelang Pemilihan PKR 2014.. Terdapat Bilik Hotel Di Serbu Kerana Jadi Tempat Pangkah Undi.


EDISI KASI DEDAH SAMPAI TERBURAI ... PEMILIHAN KEADILAN 2014 DI SARAWAK .. BILIK HOTEL DIGUNAKAN SEBAGAI TEMPAT MENGUNDI OLEH PASUKAN YANG MENYOKONG PEMIMPIN TERTENTU!!!!



Hasil dari maklumat, pasukan pemantau PACA TSKI telah menyerbu sebuah bilik di Hotel Seng Chong, Simunjan Sarawak dimana dalam serbuan tersebut telah dijadikan tempat membuat undi untuk pemimpin tertentu.

Sebelumnya itu ketika pihak PACA TSKI mengetuk pintu bilik hotel tersebut mereka didalam enggan membukanya tapi kedengaran dari luar keadaan kelam kabut didalam ..

Setelah beberapa minit barulah dibuka dapati seorang anggota parti dari Hulu Selangor yang dikenal pasti dipercayai sudah membuat pangkah di kertas undi dan dimasukkan kedalam sebuah kotak.

Kejadian ini telah berjaya dirakam dan sudah pun dimaklumkan kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Pemilihan Pusat Dato' Johari Abdul sendiri.

Pihak JPP berjanji sungguh akan buat siasatan dan tindakan sewajarnya. .. Sehingga artikel ini di tulis calon no 3 Tan Sri Khalid Ibrahim sedang mendahului.


Semalam Omak kau sudah beritahu peringatan bahawa kali ini jangan ada lagi pemilihan KeADILan yang disangsikan ketelusan, bersih dan adil.

Pihak TSKI sudah menubuhkan pasukan Polling Agent dan Counting Agentnya (PACA) yang terdiri dari sukarelawan seramai 600 orang ... Don't play playlah kali ini.

Jangan bersikap apabila Empayar nak rebah maka mula bertindak gelabah tidak munasabah .. Menang biar anggota parti tidak marah .. kalah biar bermaruah.

2 comments:

  1. Ini belum lagi pegang Putrajaya dah menipu, esok-esok kalau dah dapat pi keputrajaya perkara yg sama akan berlaku, Azmin cakap bukan main berapi kata BN tak telus dlm kira undi sekarang siapa yg hipokrit, PKR dgn BN sama saja kerana asal PKR ni dari bani Umno/BN.

    Nama saja berjuang untuk rakyat...piiraaah ini sume poyooo..

    Nak berjawatan tu sebenarnya untuk diri sendiri...sebab tu sanggup buat apa saja tak kira halal haram..malu aku ada pemimpin mcm ni...ingatkan benci UMNO boleh dapat yg lebih baik rupa rupanya sama saja perangai depa ni...lebih baik lg Pas...aku rasa kalau pas tak ada dlm pakatan dah lama pkr ni jadi umno. Kalau tak ada Pas dlm pakatan ni aku rasa buang masa saja sokong pkr ni.

    Tengok Pas walau pun ada kerusi DUN lebih di Selangor mereka tak ada pulak meroyan gila kuasa nak ambik jawatan MB tu..ni yg lebih meroyan ialah pkr...jangan smpai kami tolak kamu pula wahai pkr......

    Azmin dan Zuraidah tu cukup cukuplah politiking..apa tak bolehkah terima hakikat dlm perjuangan parti politik pasti ada datang dan pergi...mana ada kekal smpai mampos, Dr Mahathir yg buat mcm mcm until terus kekal dlm umno pun akhirnya ditendang keluar juga.

    Jangan jadi poyo....bagi mamat keturunan adam sorang yg poyo cukup le.....

    ReplyDelete
  2. Pkr kan adik Umno apa nk heran

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..