Sunday, April 20, 2014

Remaja Rugi RM300 ribu kerana jejaka ‘Lamborghini’


f44844049_162ced33-5c4c-46ce-a506-b976407cf112_l-480x264
SEORANG wanita Malaysia yang bekerja di Singapura terpaksa berputih mata apabila kerugian hampir RM300,000 dalam tempoh tidak sampai sebulan selepas ditipu oleh kekasihnya.
Wanita berusia 20an itu berkata, dia mengenali kekasihnya menerusi aplikasi talian ‘SayHi’ apabila lelaki itu menegurnya.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Jane mengakui bahawa dia tertarik dengan lelaki itu selepas melihat kemewahan yang ditonjolkannya.
Selepas pertemuan pertama, lelaki itu melamar Jane untuk menjadi kekasihnya dan dia bersetuju.
Sepanjang tempoh pertemuan mereka, lelaki berkenaan kerap membawanya keluar dengan kereta berjenama mewah seperti Mini Cooper, BMW 7 Series dan juga Lamborghini yang didakwa miliknya.
“Dia sangat pandai berlakon. Bila kami bertemu, dia akan bercerita tentang kerjanya dan kerap bercakap di telefon dengan ‘rakan sekerjanya’,” ceritanya.
Lelaki itu turut mengatakan bahawa gaji tahunannya mencecah lebih RM1 juta.
Bagaimanapun, empat hari selepas pertemuan pertama, lelaki berkenaan memberitahu bahawa dia kehilangan dompet dan akaunnya terpaksa dibekukan.
Dari situlah bermula episod ‘pinjam-meminjam’ dan Jane berkata, dia telah melakukan 30 transaksi dalam tempoh sebulan untuk lelaki itu.
Antara alasannya termasuklah untuk membeli hadiah kepada keluarga, ubahsuai rumah, bayaran untuk ganti rugi akibat perbalahan dengan kontraktor sehinggalah kepada pampasan kes mahkamah.
Jane mengakui hampir 90 peratus wang itu dipinjam daripada keluarga dan rakan-rakannya.
Namun, dia apabila dia meminta kekasihnya membayar semula wang yang dipinjamkan itu, lelaki itu memberinya cek tendang sekaligus mengundang rasa curiga.
Percubaannya untuk bertemu dengan lelaki itu juga gagal selepas dia memberi pelbagai alasan.
Hasil siasatannya mendapati, lelaki itu sudah muflis sejak tahun 2011 dan sudah berkahwin pada tahun 2012 serta mempunyai seorang anak.
“Saya tak fikir saya akan mendapat semula wang saya. Tapi saya mahu mengambil tindakan dan melihat dia dihukum sebelum dia melakukan perkara yang sama kepada gadis lain,” akhirinya. – MyNewsHub

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..