KOTA KINABALU: Seorang pelancong dari China dan seorang pekerja resort
berasal dari Filipina dilarikan oleh sekumpulan lelaki di sebuah resort di Pulau Singgahmata, bersebelahan Pulau Bum-Bum Semporna, dekat sini, Rabu
malam.
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom)
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom)
Datuk Mohammad Mentek mengesahkan kejadian itu yang berlaku pada
kira-kira pukul 10.30 malam.
"Kita menyerahkan perkara ini kepada polis untuk membuat siasatan lanjut
"Kita menyerahkan perkara ini kepada polis untuk membuat siasatan lanjut
dan seterusnya memberi laporan penuh," katanya dalam satu kenyataan
ringkas di sini, Khamis. - Bernama
Seorang pelancong China dan seorang pekerja sebuah pusat peranginan telah
Seorang pelancong China dan seorang pekerja sebuah pusat peranginan telah
diculik di Sabah oleh kumpulan lelaki bersenjata.
Menurut laporan West China Metropolis Daily, ia berlaku di Singamata Reef Resort malam tadi.
Menurut laporan West China Metropolis Daily, ia berlaku di Singamata Reef Resort malam tadi.
Akhbar tersebut memetik pengurus hotel tersebut yang hanya dikenali sebagai
Vicky sebagai berkata lima hingga enam orang bersenjata menyerbu pusat
peranginan itu pada kira-kira jam 10.30 malam dan lari dengan menaiki bot
sejurus kemudian.
Pelancong wanita China itu dikenali sebagai Gao Huayun yang berusia dalam 20-an
Pelancong wanita China itu dikenali sebagai Gao Huayun yang berusia dalam 20-an
dari Shanghai manakala pekerja wanita hotel tersebut adalah rakyat Filipina.
Foto-foto di talian menunjukkkan para pelancong berkumpul di sebuah bilik makan,
Foto-foto di talian menunjukkkan para pelancong berkumpul di sebuah bilik makan,
dan foto lelaki beruniform dengan rifel dan memakai baju kalis peluru, kemungkinan anggota pasukan keselamatan Malaysia.~MK
hurmm..bahaya nih,harap semua selamat.
ReplyDelete