Monday, May 26, 2014

Kemalangan Tragis.Di Kemaman Terengganu..Bikers Down.







Xcident antara superbike ngan kereta honda..kat U turn depan MCSB kemaman

CHUKAI - “Lepas dengar dentuman kuat, saya terus berlari ke arah lokasi kemalangan dan lihat dua penunggang motosikal terbaring di tepi jalan. Saya periksa tangan mangsa yang tertiarap, nadinya sudah tiada denyutan.

“Namun setelah saya buka topi keledar mangsa, saya terpaku seketika sebab mangsa rupa-rupanya Pak Su saya,” cerita Muhammad Amar Rosdi, 16, yang kebetulan berada berdekatan lokasi nahas melibatkan bapa saudaranya, Muhammad Rozilah Md Yusuf, 35, lewat petang kelmarin.

Dalam nahas kira-kira jam 6.50 petang itu, bapa saudaranya yang juga Jurutera Projek di Syarikat PFCE-CG Sdn Bhd Cawangan Miri, Sarawak, maut serta merta di tempat kejadian akibat patah tulang leher.

Kejadian berlaku di Kilometer 1 Jalan Chukai-Air Putih ketika Muhammad Rozilah dan rakannya yang dikenali sebagai Zaki, 35, yang juga sepupu isterinya sedang menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Honda CBR menuju ke arah Air Putih
 
Isteri peluk jasad suami
Suasana di lokasi kejadian bertambah pilu sejurus isteri mangsa, Noraishahtun Abdul Manaf, 35, yang juga Pegawai Akaun PFCE-CG di Paka, Dungun tiba dan memeluk erat jasad suaminya yang sudah terbujur kaku.

Muhammad Rozilah dan isterinya yang menetap di Taman Permai Jaya mempunyai seorang anak, Muhammad Aqil Rayyan yang berusia 5 tahun.

Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada enam beradik dan berasal dari Kampung Batu 4 Binjai difahamkan pulang ke Kemaman hampir sebulan lalu kerana bercuti panjang.

Sementara itu, seorang lagi anak saudara arwah, Muhaimin Ayub, 15, berkata, bapa saudaranya itu kerap menunggang motosikal sejak seminggu lalu kerana sebelum ini arwah lebih gemar memandu kereta.

“Arwah beli motosikal sudah setahun dan ditinggalkan di rumahnya di sini. Arwah juga aktif mengikuti konvoi motosikal.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..