CEO Syarikat Levi’s mengaku tidak basuh jeans selama setahun
PERCAYAKAH anda jika kami katakan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) syarikat denim terkemuka Levi Strauss (Levi’s), Chip Bergh tidak pernah membasuh seluar jeans kegemarannya sejak setahun lalu.
Perkara itu didedahkannya sewaktu persidangan majalah Fortune, Isnin lalu.
“Saya tahu ia seperti menjijikan…tetapi, saya tidak pernah mendapat sebarang penyakit kulit atau lain-lain,” ujarnya.
Ditanya berapa kerap sepatutnya jeans dibasuh, dia menjawab ‘tidak perlu selalu’.
Tambahnya, ‘penggemar denim yang sebenar’ tidak akan mendekatkan fabrik itu kepada air dan sabun.
Sebaliknya, dia mencadangkan agar kotoran yang melekat pada jeans dibersihkan dengan span sahaja.
Tahun lalu, pereka fesyen terkenal, Tommy Hilfiger turut mendedahkan dia tidak pernah membasuh seluar jeansnya.
Kajian seorang pelajar dan profesor Universiti Alberta mendapati tahap bakteria yang terdapat pada jeans yang dipakai hampir setiap hari selama 15 bulan hanyalah pada kadar normal dan tidak memudaratkan
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..