Thursday, May 8, 2014

Perghhh : Seorang Lelaki Cina Mengurung Jandanya Kerana Sayang

Kurung janda sebab sayang

SICHUAN: Seorang lelaki ditahan atas dakwaan mengurung bekas isterinya dalam bilik bawah tanah kerana wanita itu meninggalkannya.Lin Dajun, 40 dilaporkan membina ‘sarang rahsia’ di bawah rumahnya di Deyang selepas isteri pertama dan kedua meninggalkannya.
Suspek didakwa mengumpan isteri pertama, Lin Yan ke rumah untuk ‘berbual’ sebelum merantainya di dalam bilik bawah tanah.Ketika dalam tahanan, wanita berusia 35 tahun itu diancam bunuh jika cuba meninggalkan rumah, kata polis.
Dia didakwa dibenarkan berjalan di sekeliling rumah jika suspek tidak ke mana-mana .Jurucakap polis berkata semalam: “Dia obses terhadap mangsa dan tidak dapat menerima kenyataan yang dia telah ditinggalkan. Suspek membuat keputusan untuk mengurungnya.
“Sebaik dikurung di dalam bilik itu, dia diugut bunuh jika tidak mendengar arahan dan cuba melarikan diri.”
“Mangsa yang takut dengan ugutan itu tidak berani cuba melarikan diri. “Apabila suspek berada di rumah, dia dibenarkan berjalan di sekeliling rumah, tetapi semasa ketiadaan suspek, mangsa dirantai semula,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..