Sunday, May 25, 2014

Perth..Hishamuddin Arahkan Pemuda Wilayah Di Siasat

TINDAKAN AKAN DI AMBIL KE ATAS  PEMUDA WILAYAH PERSEKUTUAN YANG MAU BAKAR IBU PEJABAT DAP.

Apakah dengan kenyataan keras ini maka macai-macai Pemuda UMNO Kuala Lumpur akan ugut nak bakar pejabat dan rumah Hishamuddin Hussein pula?????

Jelas perangai celaka Pemuda UMNO Kuala Lumpur amat tidak disenangi oleh pimpinan atasan UMNO sendiri .. perangai macam manusia tidak mempunyai akal .. jenis guna otak melekat dekat kepala lutut.

Setakat ini belum lagi kedengaran mana-mana pemimpin UMNO berjawatan tinggi setuju dan restu cara perangai celaka dan biadap melampau pemuda UMNO Kuala Lumpur ini.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata siasatan menyeluruh perlu dijalankan terhadap ugutan pemuda Umno membakar Ibu Pejabat DAP awal minggu ini.

Dalam kritikannya terhadap tindakan Pemuda Umno, Hishammuddin berkata kumpulan berkenaan seharusnya bertindak penuh kebijaksanaan dan lebih bertanggungjawab.

"Saya tak fikir ia sesuatu yang elok dan saya mahu siasatan dijalankan. Jangan bertindak secara emosi," katanya pada satu sidang media selepas menemui pengundi di Teluk Intan hari ini.


"Dalam situasi hari ini terutamanya apabila terdedah kepada media sosial, maklumat cepat tersebar makanya tindakan mengikut emosi tidak kena pada tempatnya."

Kira-kira 50 pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengadakan bantahan di hadapan ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur pada Khamis sebelum menyerahkan memorandum kepada ahli strategik parti Dr Ong Kian Ming.

Mereka mengancam untuk membakar bangunan dan papan tanda parti turut dirosakkan.

Bantahan pemuda Umno itu diadakan ekoran perkataan Adun DAP RSN Rayer yang mengatakan "Umno celaka" di sidang DUN Pulau Pinang pada Selasa.

1 comment:

  1. Sekiranya tiada tindakan atau ada
    pendakwaan terpilih lebih tepat
    dikata *double standard* maka WAJIB
    diBUBARkan aje pasukan PDRM. Luluskan lesen membeli senjata api
    dan kita hidup dengan undang2 RIMBA!
    Memang CELAKA!

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..