Wednesday, May 14, 2014

Telah Di Duga : ADUN Terengganu, Datuk Ahmad Said , Ghazali Taib Bakal Menarik Balik Perletakan Jawatannya.

Inilah Wajah MB Baru..Muahhh ,,Najib
Ahmad Said tak hadir pertemuan dengan PM


[DIKEMASKINI] Ahmad Said kembali sertai Umno #SHPolitik

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau kembali menyertai Umno dan kesal atas apa yang berlaku. Sinar Harian

Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said tidak akan hadir ke pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan krisis terbaru negeri itu.

Ketika dihubungi, seorang pembantu Ahmad memaklumkan kepada Malaysiakini, bosnya itu tidak akan melibatkan diri dalam pertemuan di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, memetik sumber Berita Harian melaporkan, seorang ADUN Terengganu, Ghazali Taib didakwa bertukar fikiran dan bakal menarik balik perletakan jawatannya.

Akhbar berkenaan melaporkan, ADUN Ajil yang juga anggota Exco tersebut akan kembali menyertai Umno dan memberi majoriti kerusi kepada BN.

Sekiranya beliau benar-benar berbuat demikian, bermakna hanya Ahmad yang masih kekal dengan keputusan keluar Umno.

Laporan Bernama pada malam tadi menyebut, ADUN Bukit Besi Roslee Daud telahpun menarik balik keputusannya untuk meletak jawatan.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan pengesahan daripada Ghazali dan Roslee berhubung perkara itu.

Laporan di portal Berita Harian hari ini menyebut, kedua-dua wakil rakyat berkenaan dijangka akan mengadakan satu pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini.

Seorang pembantu Roslee ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan wakil rakyat berkenaan berada di Putrajaya pada hari ini.

Sekiranya perletakan jawatan Rosleen dan Ghazali tidak diambil kira, BN kini menguasai 16 kerusi DUN manakala Pakatan Rakyat menguasai 15 kerusi.

1 comment:

  1. tabik hormat pada mantan mb ganu ..tak dingap pas.he he

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..