Wanita dipatuk ular ketika buang air
Noraslinda Asat,34, baru hendak duduk di atas mangkuk tandas sebelum tiba-tiba berasa ada sesuatu yang menyakitkan mematuk punggungnya.
Dia segera bangun lalu terlihat seekor ular sawa sepanjang 1.8 meter melingkar dalam mangkuk tandas dengan mulut menyeringai menampakkan taringnya yang tajam.
Dalam keadaan panik Noraslinda menyauk ular tersebut namun ia terlepas kerana licin sambil menjerit sekuat hati memanggil suaminya.
Sejurus selepas kejadian dia berasa lemah hingga terpaksa dikejarkan ke hospital lalu diberikan suntikan sebelum dibenarkan pulang.
Suami Noraslinda, Mohammad Fitri Kassin, 34, menyatakan ular tersebut sebesar lengannya.
Menggambarkan rupa ular tersebut, ia dikatakan jenis sawa dengan badan berbintik coklat gelap.
Dipercayai, anak Noraslinda yang berusia 4 tahun turut melihat ular tersebut ketika masuk ke dalam tandas 5 minit sebelum ibunya kerana dia ada berkata “Mama, your tail was moving” namun tidak difahami Noraslinda.
Petugas dari Animal Concerns Research and Education Society Singapura datang untuk menangkap ular tersebut namun tidak berjaya kerana ia sudah pun lesap.
Ular tu jantan ke betina?
ReplyDeleteGambar last tu..sebelah toilet bowl magazines kan ke aku yg silap? Biar betul keluarga islam amalkan mbaca dalam toilet! Sebijik macam tabiat mat salleh... for me toilet bersih macam mana pun tetap rumah jin syaitan, tak perlu lah nak mbaca dalam tu. Kan dah kena patuk ULAR
ReplyDeleteOps nak minta maaf la rasanya gambar last tu skadar gambar hiasan kot
ReplyDelete