Gambar Hiasan
Kuala Lumpur: Kesilapan seorang wanita meminjam wang RM5,000 daripada ceti haram atau along bagi menjelaskan kos rawatan anaknya di hospital mengundang padah apabila diperkosa lelaki terbabit di sebuah hotel, kelmarin selepas gagal melangsaikan hutang.
Lebih malang walaupun diperkosa, namun mangsa berusia 32 tahun tetap dipaksa menjelaskan hutang yang masih belum dilangsaikan dianggarkan mencecah lebih RM10,000 termasuk bunga.
Mangsa yang trauma dengan kejadian itu tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan selanjutnya.Sumber berkata, mangsa yang bekerja sebagai kerani meminjam dengan seorang along selepas buntu untuk mencari wang bagi membayar kos rawatan anaknya di hospital.
“Bagaimanapun selepas beberapa bulan mangsa belum dapat melangsaikan hutangnya itu yang kian bertambah,” katanya.
Menurutnya, along terbabit mengugut supaya mangsa membayar hutang miliknya jika tidak mahu diapa-apakan dan kononnya akan membuat laporan polis dan dia boleh dipenjara.
Sumber itu berkata, bimbang dengan ugutan suspek mangsa merayu memberi masa kepadanya untuk menjelaskan bayaran itu.
“Suspek kemudian memberi cadangan kepada mangsa supaya membuat pinjaman dengan seorang lagi along dan wang itu boleh digunakan untuk menjelaskan hutangnya.
“Mangsa yang tidak mempunyai pilihan bersetuju dan mereka berjanji berjumpa di sebuah hotel di Bukit Bintang, di sini, kelmarin untuk berjumpa dengan along terbabit,” katanya.
Menurutnya, sebaik mangsa tiba di lobi hotel, suspek mengajaknya masuk ke dalam sebuah bilik di hotel itu, namun dia enggan dan memberitahu ingin berbincang di lobi hotel.
“Suspek bagaimanapun memberitahu along yang ingin diperkenalkannya tidak mahu kegiatannya disedari orang lain dan ingin berjumpa di dalam bilik.
“Mangsa yang mempercayainya akur dan mengikut suspek, namun terkejut apabila kelibat along yang kononnya menunggu mereka di dalam bilik tiada sebaliknya suspek terus mengunci pintu,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa cuba melarikan diri, namun gagal apabila diperkosa suspek. Selepas selesai suspek meminta mangsa menjelaskan hutang itu dalam masa terdekat.
kegiatan ceti haram ini makin berkembang tanpa tindakan tegas dari penguasa
ReplyDeleteCeti halal kira okeylah??? Hemmm...
DeleteNegara kita ni negara yg paling aman dlm dunia dan penduduknya baik2 semua. Polis yg sepatutnya bertanggong jawab kepada keamanan diberi arahan untuk jaga orang2 yg boleh menggugat kerajaan saja.
ReplyDeleteBanyak kejadian buruk yang berkaitan dengan ceti haram atau bahasa sinonimnya along, dan perbuatan relevan ialah menjahanamkan keunggulan undang-undang. Bagaimanakah pihak berkenaan membasmikan institusi along ini kerana sedikit saja yang ketara tapi tak berkesan. Malah semakin menjadi kekacauan yang timbul dari gejala samseng along. Kalau di media-media berbagai iklan yang mudah terbaca berkenaan tawaran pinjaman dari along samada berdaftar atau tidak, tapi kesannya tetap menyusahkan! Tak bolehkah kegiatan mungkar ini dibasmi dalam erti jihad sebenar demi keharmunian hidup dan kedaulatan undang-undang?
ReplyDeletepadah cari sarang tebuan,dah semana2 kena dogy binatang bernama along,sedapmkan..
ReplyDelete