Tuesday, June 24, 2014

OKU Terabai: Wardina Safiyyah Salahkan Kerajaan, Banding Dengan Australi

OKU Terabai: Wardina Safiyyah Salahkan Kerajaan, Banding Dengan Australia
           
Hujung minggu lalu, isu seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 15 tahun yang dikurung sehingga kurus kering mendapat perhatian masyarakat dan ramai yang bersimpati dengan nasib remaja malang itu. Ianya masih diperkatakan ramai hari ini.
BACA: Ibu Nafikan Remaja OKU Dikurung Dan Terabai (ext.)
Namun Wardina Safiyyah tidak mengambil masa yang lama untuk meletakkan kesalahan ke atas bahu kerajaan dan polisi negara terhadap golongan OKU hari ini.
“Ini berlaku salah satunya berpunca dari ibu bapa remaja OKU itu tidak diberikan bantuan. Saya (di sini mahu) bandingkan bagaimana kita masyarakat orang Islam melayan anak anak istimewa ini dengan negara yang kononnya kafir,” Wardina memulakan tulisan di Instagram.
“Di Australia, ibu bapa kepada anak OKU akan diberi pelbagai keistimewaan seperti elaun bulanan yang tinggi. Malah kawan saya mempunyai anak OKU kedua dua suami dan isteri tidak perlu bekerja kerana disuruh kerajaan untuk fokus menjaga anaknya yang OKU”
“Anak anak OKU dihantar ke terapi secara percuma. Dihantar ke sekolah OKU berkualiti dengan percuma dan ibu bapa diberi cuti percuma setiap tahun kerana kerajaan faham betapa tertekannya untuk menjaga kanak kanak istimewa ini”
“Ya, itu negara kafir. Anak anak istimewa & OKU kita pula? Di mana nilai kita? Terpaksa ibu bapa memikul beban tanpa pertolongan dan sistem sokongan yang padu dari mereka yang sepatutnya. Saya cuma berkongsi realiti, terimalah,” tambahnya lagi.
Well Wardina Safiyyah, walaupun polisi kita mungkin tidak sehebat Australia yang anda julang tiinggi itu, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mempertuntukkan banyak bantuan dan polisi untuk membantu golongan OKU. Hmm. (rtky/m) rotikaya

3 comments:

  1. di malaysia golongan oku hanya mendapat bantuan sara hidup setelah berumur 18 tahun ke atas.bawah dari 18 tahun,hantar anak oku ke sekolah atau PDK baru dpt rm150.kalau tak hantar,tiada la bantuan.saya ada anak oku.tidak banyak kelebihan yang saya sekeluarga nikmati.untuk hidup, sendiri tanggung la..

    ReplyDelete
  2. Well Wardina ..a good highlight...di Malaysia panda lebih bernilai di mata Perdana Menteri dan menteri2 UMNO BN...JKM masa allah susahnya nak dapat bantuan.....inilah negara wasatiyyah Najib..inilah Islam hadari Abdullah Badawi..inilah bersih cekap Amanah Mahathir....penuh hipokrasi....

    ReplyDelete
  3. mansor, elakkan memfitnah umarak dgn fakta yg kau x tau hujung pangkalnya. x tau siapa penaja2 zoo negara sdgkn ia hy sebuah ngo pula..fitnah yg u sebarkn ini pasti menyusah u dlm melepasi titian sirotul mustaqim nanti.. Allahu akbar

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..