Sunday, June 15, 2014

Perghhh : Adun BN Kena Gempar ..Dengan MCA dan Gerakan. Terus Tarik Balik Usul Hudud.


KUALA SELANGOR: Barisan Nasional (BN) Selangorhari ini menarik balik usul mengkaji kebarangkalian pelaksanaan hudud di negeri tersebut, kata Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Mohd Shamsudin Lias.

Mohd Shamsudin berkata semua ADUN BN Selangor bersetuju menarik balik usul yang pada awalnya dicadangkan akan dibentang pada persidangan DUN yang akan bermula Isnin ini.

Katanya, penarikan balik usul itu adalah untuk memberi peluang kepada 15 Adun daripada PAS mengemukakan sendiri usul berkenaan memandangkan hudud adalah agenda utama perjuangan parti tersebut.

Usul itu sebelum ini dicadangkan Adun Sungai Air Tawar daripada BN, Kamarol Zaki Abdul Malik, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"Selepas mengadakan perbincangan lanjut dengan semua Adun termasuk Pakatan Rakyat semalam, kita putuskan untuk menarik balik usul itu daripada dibentangkan pada sidang DUN minggu depan.

"Sebenarnya, usul yang ingin kita bawa itu bukan untuk kemukakan rang undang-undang mengenai pelaksanaan hudud di negeri ini tetapi kita hanya mahu tahu kesediaan kerajaan negeri untuk menjalankan hukum hudud," katanya.

Sebelum ini, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik membawakan usul itu di bawah Peraturan 26, Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.

Usul tersebut berbunyi:

"Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama Persekutuan".

Usul itu yang diterima Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh mencetuskan pelbagai perbincangan termasuklah daripada MCA dan GERAKAN yang merupakan sekutu Umno di dalam BN.

MCA dan GERAKAN juga menggesa agar Yeoh tidak meluluskan usul tersebut.

1 comment:

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..