Wednesday, June 11, 2014

Perghhh!!! Rumah Penyokomg Setia UMNO kena Roboh..Rakyat Susah, BN senang,


( 6 FOTO ) RUMAH PENDUDUK KG CHUBADAK TAMBAHAN, SENTUL, KL YANG SELAMA INI AMAT SETIA DENGAN UMNO KENA ROBOH OLEH DBKL. TK Omakau



MALAPETAKA BUAT RAKYAT!!!!!!

Pagi semalam, dua buah rumah penduduk Kg Chubadak Tambahan dirobohkan melalui operasi DBKL.

Dikhabarkan ada 50 keluarga di sana dan mendapat info Khamis ini lebih banyak rumah akan menyembah bumi sedangkan kes masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, tetapi pihak  DBKL tetap berkeras merobohkannya dengan menguna bulldozer tanpa memikirkan nasib rakyat yang selama ini begitu setia kepada UMNO.


Dalam mengejar pembangunan serta kemodenan, kita seakan melupakan kampung tradisi kaum Melayu yang semakin berkurangan.

Ini kerana, kebanyakan kampung-kampung tersebut telah dibangunkan oleh kerajaan mahupun pemaju.

Usaha memajukan sesebuah kampung yang daif dilihat amat baik namun sekiranya identiti tradisi kampung Melayu terhakis, ia pasti memberi kesan negatif kepada generasi akan datang.

Bersandarkan kepada prinsip mahu mempertahankan identiti kampung Melayu tradisi inilah yang menyebabkan kira-kira 160 keluarga di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul, Kuala Lumpur berusaha selama 12 tahun memperjuangkan nasib kampung mereka yang kini hanya tinggal sekangkang kera akibat dihimpit pembangunan di sekelilingnya.

Lokasi Kampung Chubadak yang hanya lima kilometer dari pusat bandar menjadikan kawasan tersebut umpama lubuk emas dan menjadi rebutan banyak pihak untuk membangunkannya dengan penempatan mewah yang sudah tentu memberi pulangan jutaan ringgit.

Tatkala kawasan di sekelilingnya dipacakkan bangunan-bangunan tinggi, kampung yang berusia lebih 50 tahun ini masih di takuk lama.

Sekali pandang, kampung tersebut umpama setinggan di Ciliwung, Jakarta, cuma bezanya Kampung Chubadak bukan berstatus setinggan walaupun kebanyakan orang beranggapan sebegitu.

Menurut maklumat yang diperoleh, tanah di kampung tersebut telah memperolehi pengiktirafan milikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1998 yang mengatakan bahawa ia adalah milik peneroka-peneroka bandar dan perlu membayar ganti rugi kepada mereka sekiranya ingin memajukan kawasan tersebut.

Menurut keputusan itu, ganti rugi yang perlu dibayar oleh pemaju adalah berdasarkan keseluruhan kos yang dialami penduduk untuk kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian rumah atau mereka dibayar dengan nilai semasa rumah yang ditaksirkan oleh penilai tanah bebas yang dipersetujui bersama kedua-dua pihak serta pembayaran segala kos sampingan berhubung penempatan semula penduduk.

Penduduk mendakwa, pemaju telah membina pagar berdekatan jalan utama ke kampung tersebut sehingga empat buah rumah penduduk telah dirobohkan.

Oleh itu, maka terjadinya pertelingkahan di antara pemaju dengan penduduk yang masih belum ada kesudahannya sehingga kini.

Difahamkan, penduduk di kampung tersebut merupakan waris generasi keempat kepada mereka yang meneroka dan menetap di kawasan itu seawal tahun 1980-an.

Namun pada pada tahun 1996, kampung tersebut digegarkan dengan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan pemaju untuk membina beberapa blok apartmen di kawasan berkenaan.

Natijahnya, bagi mempertahankan kampung mereka, ramai di kalangan penduduknya pernah bermalam di lokap gara-gara mengadakan perhimpunan bagi menghalang pemaju daripada meneruskan kerja-kerja pembinaan.

Sebahagian daripada penduduk pula menerima tawaran yang diberikan oleh pemaju iaitu pampasan sebanyak RM7,000 dan sebuah rumah untuk diduduki iaitu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda.

Sebelum ini telah beberapa kali penduduk membuat bantahan kepada DBKL namun tiada tindakan yang diambil memandangkan ia bukan di bawah bidang kuasa mereka kerana tanah berkenaan adalah hak pemaju.

Yang menjadi kemusykilan ialah bagaimana tanah kampung itu dijual kepada pemaju tanpa diiklankan serta di luar pengetahuan penduduk yang menjadi pewaris kepada tanah tersebut.

Penduduk kampung bukanlah menolak pembangunan yang hendak diadakan namun mengapa mereka menggunakan cara yang kasar begini... pendapat dan pandangan mereka langsung tidak diambil kira dalam membuat sebarang keputusan.

Jika benar sekalipun di luar bidang kuasa DBKL, tidak bolehkah DBKL membantu mereka untuk memperjelaskan masalah tersebut dan bukan hanya dengan menawarkan unit kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR) sahaja untuk penempatan.

Mereka bukan setinggan ... mereka adalah pewaris kepada tanah peneroka-peneroka bekas lombong ini dan mereka memerlukan keprihatinan semua pihak bagi menyelesaikan kemelut yang menimpa penduduk perkampungan Melayu ini.

Lebih menyedihkan, DBKL telah mengkategorikan kampung tersebut sebagai penempatan setinggan dalam Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur (KLCP) 2020 bersama-sama lima buah kampung lagi.

Kampung lain ialah Kampung Padang Balang, Kampung Bandar Dalam, Kampung Sungai Merali, Kampung Bahagia dan Kampung Puah.

Mereka cukup hairan mengapa kampung-kampung ini dikatakan setinggan setelah nenek moyang mereka yang meneroka kampung ini satu masa dahulu.

Keadaan di kampung tersebut menjadi kucar-kacir sejak beberapa tahun dahulu apabila pihak pemaju mula menutup dan mengubah laluan utama untuk masuk keluar ke kampung berkenaan tanpa membuat sebarang makluman.... jalan tersebut ditutup bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan dijalankan.

Berang dengan tindakan tersebut, penduduk beberapa kali mencabut pagar-pagar yang didirikan menyebabkan pemaju 'kepanasan' sehinggakan terpaksa melibatkan campur tangan polis bagi menyelesaikan isu tersebut.

Malangnya, ia pasti berakhir dengan pertelingkahan dan penahanan penduduk kampung walaupun pada awalnya hanyalah niat untuk mengadakan perbincangan sahaja.

Kalau tidak silap, para penduduk sudah beberapa kali terpaksa berdepan dengan insiden di mana ramai penduduk kampung ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul kerana kesalahan kacau ganggu pemaju.

Namun apa yang membanggakan ialah penduduk kampung ini tidak kisah bermalam di lokap demi memperjuangkan nasib tanah mereka dilahirkan seperti mana yang dilakukan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan negara dahulu.

Para penduduk amat berharap, kerajaan yang didokong mereka dapat campur tangan bagi menyelesaikan masalah ini demi kepentingan hak orang Melayu yang menetap di kampung ini, namun hampa sahaja .. harapan tetap tinggal harapan.

Keputusan mahkamah yang mengatakan bahawa mereka mempunyai ekuiti ke atas tanah kampung ini, yang membezakan antara kami dengan penduduk setinggan," ujarnya.

Begitulah nasib segelintir penduduk di Kampung Chubadak Tambahan yang hak mereka ke atas tanah diduduki masih samar-samar namun tidak akan berganjak daripada pendirian mereka untuk tetap utuh memperjuangkannya.

Oleh itu, ada baiknya penduduk, DBKL serta pemaju duduk berbincang bersama-sama bagi mendapatkan jalan penyelesaian yang dapat memuaskan hati semua pihak.

Paling utama pertimbangan wajar harus diambil sebagai tanda mereka selama ini menyokong tegar UMNO/BN setiap kali PRU tiba.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..