Saturday, June 14, 2014

Piala Dunia: Belanda Belasah SPain ( Juara Dunia ) 5-1


FT : Spain 1 - 5 Belanda
27' Alonso (gol penalti jer)
44' RVP
53' Robben

65' De Vrij

72' RVP

80' Robben


10 Perkara Yang Perlu Anda kEtahui Berkenaan Piala Dunia Brazil 

KUALA LUMPUR: Walaupun mempunyai perbezaan waktu 11 jam diantara Brazil dan Malaysia, peminat-peminat
bolasepak tempatan tentu sekali tidak ketinggalan untuk menonton perlawanan pertama di antara pasukantuan rumah dan Croatia.

Namun, ada juga yang bukan peminat bola dan tidak kisah dengan Piala Dunia 2014.

Tetapi dengan kejohanan yang akan berterusan selama satu bulan, pastinya demam Piala Dunia dapat dirasai dimana-mana sahaja, dan anda mungkin dipaksa oleh ahli keluarga atau teman-teman untuk menonton satu perlawanan. 

Untuk membantu anda, kami sediakan 10 fakta yang anda perlu tahu tentang temasya ini:

1. Brazil dipilih sebagai tuan rumah untuk Piala Dunia 2014 pada 30 Oktober 2007.

2. 12 bandar-bandar tuan rumah adalah Rio de Janeiro, Brasilia, Sao Paulo, Fortaleza, Belo Horizonte, Porto Alegre, Salvador, Recife, Cuiaba, Manaus, Natal dan Curitiba.

3. Brazil sepatutnya melengkapkan 12 stadium tuan rumah pada 31 Disember, 2013 tetapi separuh daripadanya tidak siap pada tarikh yang ditetapkan.

4. Google Maps membenarkan peminat untuk membuat lawatan secara maya untuk kesemua 12 stadium.

5. Beberapa hari sebelum majlis perasmian, acara ini dicemari dengan mogok dan protes.  Pembangkang kepada temasya ini berkata lebih bagus jika perbelanjaan kerajaan sebanyak $11 bilion (RM35 bilion) untuk menganjurkan temasya ini diperuntukkan untuk sistem pengangkutan, sekolah dan penjagaan kesihatan.

World Cup 2014

6. Twitter memperkenalkan hashflags bagi setiap negara, dan ingin membuat Piala Dunia sebagai acara dunia dengan jumlah tweet paling banyak, mengalahkan Sukan Olimpik 2012 di London.

7. Perlawanan pertama, juga dikenali sebagai peringkat kumpulan, menampilkan lapan kumpulan dengan empat pasukan di dalam setiap kumpulan. Pasukan-pasukan yang hebat dan dari rantau yang sama biasanya diasingkan.  

8. Namun, tiga pasukan dari Kumpulan B (Sepanyol, Belanda, Chile, dan Australia) mempunyai mempunyai peluang yang cerah untuk ke peringkat akhir.

9. Hanya dua pasukan dari setiap kumpulan akan mara ke pusingan kedua.

10. Pusingan 16 (pusingan kedua) dijadualkan bermula pada 28 Jun, suku akhir pada 4 Julai, separuh akhir pada 8 Julai dan terakhir pada 13 Julai. Pertandingan untuk tempat ketiga adalah pada 12 Julai.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..