Kassim Ahmad hanya ‘murtad’ dan ‘kufur’ di Terengganu, kata Jamil Khir
"Jadi itu di Terengganu, kalau yang lain nak ikut itu terpulang," katanya pada sidang media pelantikan mufti baru dan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan hari ini di Putrajaya.Semalam Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas kali pertama jawatankuasa itu yang bersidang pada 9 Mac lalu.
Mohd Rozali berkata, "Fahaman atau golongan tersebut adalah sesat, menyeleweng dan menjadi ancaman kepada ketenteraman awam serta merosakkan akidah mereka.
"Berdasarkan kepada ucapan yang telah disampaikan oleh Kassim Ahmad, terdapat unsur penyelewengan antaranya mempertikaikan syahadah yang kedua, mengingkari dan mempertikaikan hadis sebagai sumber hukum, mempertikaikan hukum rambut perempuan sebagai aurat, hukum selawat dan membenarkan jenayah murtad berlaku dalam masyarakat," katanya.
Apabila ditanya apakah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan menurut langkah Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu itu beliau berkata ia terpulang kepada mufti untuk memutuskan.
Sementara itu Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad berkata, tidak ada lagi keputusan yang dibuat bagi peringkat Wilayah Persekutuan sama ada ingin mengeluarkan fatwa sama seperti Terengganu.
"Saya tidak akan buat keputusan lagi kerana perlu lihat dari aspek lain juga kerana ia isu semasa (seminar) yang berlaku ketika itu, apapun kita akan berbincang dengan sahabat lain,” katanya.
Bagaimanapun beliau yang baru sahaja menggantikan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, secara peribadinya tidak menyanggah fatwa yang diputuskan negeri Terengganu itu.
"Mengikut pandangan peribadi, saya tidak menyanggah kalau dari sudut salah tetap salah," katanya kepada The Malaysian Insider
Sementara itu Khir dalam ucapannya ketika penyerahan lantikan mufti baru menyelar pihak yang mempertikaikan fatwa dikeluarkn mufti."Lantikan mufti itu adalah diperkenankan sultan dan segala fatwa melalui kajian dan perbincangan menyeluruh"Segala hukum hakam yang dikeluarkan mufti adalah tepat," katanya. – 2 Julai, 2014.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..