KJ SUDAH MELAMPAU ... LAWAT 2 BAZAAR RAMADHAN TANPA SURAT KEBENARAN DARI PENGANJUR.
Semalam 5hb Julai 2014, Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Rembau dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin @KJ bersama sama dengan ADUN Paroi telah membuat lawatan di Bazaar Ramadhan Taman Tuanku Jaafar Seremban dan Bazaar Ramadhan Taman Matahari Height Senawang, Seremban untuk menyampaikan apron kepada para penjaja dan buah kurma untuk para pengunjung.
Langsung tidak dihalang oleh petugas untuk meminta surat kebenaran dari penganjur ... tidak berlaku pengtengkaran sedikit pun.
Memang KJ sudah melampaulah!!!!! ... atau para petugas disana tidur tidak tahu peraturan dan tidak buat kerja??????
Mengapa tidak ikut perangai bebal para petugas pemuda UMNO Kluang ketika YB-YB DAP/PR nak buat lawatan serah sumbangan kurma juga????
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..