Mengikut gambar-gambar yang tersebar di media antara bangsa segala serpihan MH17 dan jasad-jasad mangsa MH17 kini di pindah kan oleh pihak-pihak tertentu ke satu lokasi rahsia.
Mengikut Tweet seorang koresponden bebas dan penerbit berita di Ukraine, Volodymyr Solohub (gambar bawah) lewat malam ini menimbulkan persoalan yang menakutkan.
Dipercayai, jasad para mangsa MH17 telah mula dikeluarkan dari tempat kejadian dan dipindahkan menggunakan lori ke lokasi yang tidak didedahkan.
Pihak mana yang berbuat demikian tidak diketahui. Apa yang diketahui kawasan itu berada di bawah penguasaan pemberontak pro-Russia.
Apakah jasad akan dibawa ke Moscow?
Pemandu lori yang ditahan para pemberita juga memberitahu dia tidak pasti ke mana jasad-jasad berkenaan akan dibawa.
Dengan wilayah di mana kapal berkenaan yang dipercayai ditembak oleh kumpulan pemberontak pro-Russia terus bergolak, perkembangan terbaru ini pasti membimbangkan.
Pasukan penyiasat Malaysia juga belum dibenarkan masuk ke lokasi kejadian tetapi jasad mereka-mereka yang terkorban sudah mula dipindahkan.
Ini mungkin tindakan mahu memadam bukti.
Jika mereka boleh menembak kapal awam tanpa rasa bersalah, tidak mustahil mereka boleh memindahkan begitu sahaja semua jasad yang ada tanpa sesiapa dapat melihatnya lagi.
Harap itu tidak berlaku kerana para waris mangsa mesti mahu menatap wajah yang tersayang buat kali terakhir dan mahu mereka ditanam di kampung halaman sendiri.
Keluarga Juruterbang dan mangsa MH17 rakyat negara ini Ingin Jasad dikebumikan di Malaysia, masa akan menentukan apa yang akan berlaku seterusnya. Credit MNH
Apalah nasib kami rakyat Msia. Yang dah jadi mayat pun masih terinaya walaupun bukan semua mayat adalah warga Msia. Selagi Msia berPM Najib selagi tu bala tak berkesudahan bagi Msia.
ReplyDeleteSaya pernah dengar ceramah di radio ikim...ustaz tu kata jasad kita ditanam di mana tu tak penting...sekalipun di Amerika negara kafir tak jadi masalah...tapi dalam kes mh17 ni kasihan juga ya kalau jasad yg beragama islam tak diuruskan dengan sempurna, sy hanya mampu sedekahkn al fatihah maafkn sy
ReplyDeleteAku SETUJU.SELAGI NEGARA MALAYSIA berPM KAN NAJIB YG HARAM DILANTIK KERANA MENIPU DLM PRU YG LEPAS BERBAGAI BALA AKAN ALLAH SWT TURUNKAN NANTI.YG JADI MANGSA SUDAH PASTI RAKYAT MALAYSIA JUGAK YG KENA.INNALILLAHIWAINAILLAHIRAJIUN.
ReplyDeleteSya sgt stuju ini bukan bencana tpi BALA Allah akn perlihatkan satu demi satu..slagi mereka yg Angkuh Sombong Zalim menolak Hukum Allah berkuasa..cuma yg sdih nya rakyat terpaksa menanggung sama..Al Fatihah
ReplyDeletehentikan la fitnah liwat. telah 2 dekad fitnah tersebar dn mangsa dizalimi, apakah trajedi ini tidak boleh dikaitkan dgn bala kerana merasakan Allah itu 'tidor' dgn fitnah liwat.
ReplyDeletehari mangsa dijatuh hukum bersamaan hari MH370 hilang. kemudian rayuan beliau juga seolah akan ditolak, maka hilang pula MH17.
ade pula yg dituduh teroris ditangkap. yg pegi membantu umat Islam syria yg dizalimi diancam akan ditangkap. kini teroris sebenar menembak MH17, sila la tunjuk berani hapuskan mereka.
ini bukan ckp politik tp ckp iktibar bagi mereka yg berkuasa yg berlagak sombong dgn rakyat sendiri saja.
insaflah umno.
Bodoh kalau nak cakap pasal politik jangan memberi alasan MH17.ini Takdir Allah dia yang memberi dan dia mengambil.Kalau benci pm najib yang Anuar Ibrahim itu jahat peng kianat.selagi anwar Ibrahim ada selagi tu bala akan turun.
ReplyDelete