Thursday, July 17, 2014
Ziana Zain Kini Berhijab Penuh & Berkat Doa Anak Sulung, Keluarga
Ziana Zain Kini Berhijab Penuh & Berkat Doa Anak Sulung, Keluarga
Jika anda mengikuti perkembangan Ziana Zain di Instagram, anda pastinya perasan yang beliau pernah beberapa kali tampil dengan imej mengenakan tudung dalam penampilannya & kini penyanyi itu khabarnya telah mengambil keputusan untuk berhijrah sepenuhnya.
Dalam penjelasan awal beberapa minggu lalu, Ziana Zain berkata beliau mengenakan tudung kerana demi menghormati guru-guru di sekolah anak-anaknya terutama anak sulungnya sebelum ini pernah meluahkan keinginan untuk melihat ibunya berhijab penuh.
Namun bersempena dengan sambutan Nuzul al-Quran semalam, Ziana Zain dikhabarkan telah mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya.
“Alhamdulillah, saya kira ini adalah hadiah terbesar buat saya daripada Allah SWT di hari baik dan bulan mulia ini. Bermula hari Nuzul al-Quran, secara terbuka saya mahu mengumumkan kini sudah berhijab sepenuhnya,” jelas Ziana Zain hari ini.
“Saya kira, penghijrahan ini juga banyak bergantung kepada keluarga saya. Saya sifatkan Tuhan mendengar doa daripada semua pihak termasuk suami, ibu bapa, anak-anak dan peminat saya agar saya berhijab dan saya bersyukur kerana diberi peluang untuk berhijrah”
Ziana Zain juga ada menambah yang beliau tidak risau dengan rezeki dalam kariernya selepas ini dan percaya semua itu di tangan Tuhan dan beliau hanya melaksanakan perintah-Nya.
“Perkara ini semua rezeki Allah. Tidak kira bertudung atau tidak, kenapa harus kita takut dengan momokan tentang tawaran yang akan berkurangan? Saya cuma jalankan perintah Allah. Lagipun saya lihat peminat juga menyokong penghijrahan seseorang artis,” ujarnya. (rtky/m)
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..