4 FOTO ... EDISI PADAN MUKA SOKONG UMNO LAGI!!!.... 200 PENIAGA PASAR MALAM PANTAI JOHOR, ALOR SETAR TUNJUK PERASAAN BANTAH TINDAKAN MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR HENTIKAN OPERASI PASAR MALAM BERKENAAN.
Kira-kira 200 peniaga pasar malam majoritinya Melayu/Islam di Pantai Johor di sini menunjuk perasaan sebagai membantah tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menghentikan operasi pasar malam itu.
Mereka mendakwa MBAS tidak berbincang dengan mereka sebelum mengeluarkan notis menamatkan operasi pasar malam setiap hari Jumaat itu yang berkuat kuasa hari ini.
Pengerusi Pertubuhan Usahawan Mikro Dan Kecil Utara (U-Mikro Kedah), Mohd. Naim Ismail berkata, MBAS hanya memasang kain rentang memberitahu tentang perkara itu.
"Alasan yang diberi ialah pasar malam itu mengganggu laluan kenderaan,” katanya dan menambah pasar malam tersebut hanya beroperasi seminggu sekali.
Beliau berkata, jika tidak diberi kebenaran berniaga di situ, MBAS perlu menyediakan tapak lain.
U-Mikro Kedah bersama peniaga turut membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.
Sementara itu, Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, arahan penutupan dilakukan bagi menyelesaikan beberapa masalah seperti kesesakan dan kawasan parkir bagi jemaah masjid berdekatan selain pasar malam itu terletak di jalan protokol.
Beliau berkata, kawasan tersebut menjadi semakin sempit kerana terdapat peniaga yang turut berniaga di atas jalan utama.
"Pihak kami sudah memperoleh tapak baharu yang terletak di Jalan Suka Menanti dan pengumuman mengenainya dijangka dibuat Ahad ini dan mereka boleh mula berniaga di situ Jumaat depan," katanya.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..