DUN SELANGOR BUBAR UMNO/BN UMNO AKAN DAPAT SIFAR KERUSI KATA KETUA WANITA KEADILAN ZURAIDA KAMARUDDIN.
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mendakwa rakyat Selangor akan bangkit mempertahankan negeri itu sekiranya DUN dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya baru diadakan.
Malah, ia akan menyebabkan Umno kehilangan semua kerusi, kata Zuraida dalam ucapan penggulungannya di kongres Wanita PKR di Shah Alam hari ini.
Keyakinannya itu berdasarkan bacaannya bahawa pembubaran DUN itu mustahil akan berlaku kerana presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendapat sokongan majoriti dari 30 orang ADUN.
"Kenapa nak bubar? Isu bubar tidak mungkin (berlaku) dan satu perkara yang mengarut. Dan perkara ini memalukan rakyat negeri Selangor dan meningkatkan kemarahan rakyat Selangor.
“Dan kalau nak pilihan raya negeri, Umno perlu bersedia untuk 56-0 (kerusi DUN).
"Sekiranya terjadi (pilihan raya negeri), rakyat akan memberontak dan Umno akan sifar di Selangor," katanya dalam ucapan tersebut dengan penuh bersemangat.
Beliau juga menasihati para perwajkilan agar tidak menghiraukan sebarang spekulasi berhubung pencalonan Wan Azizah sebagai menteri besar yang baru.
Menurutnya, ada cakap-cakap yang mendakwa sultan Selangor meminta satu lagi nama alternatif untuk dicalonkan sebagai menteri besar.
"Janganlah dengar spekulasi di luar. Ada yang kata sultan tak terima orang perempuan, sultan tak terima Wan Azizah dan nak ada dua nama.
"Kalau sultan betul-betul tolak, kita tolak. Kita ganti dengan nama kedua. Tak jadi isu," katanya lagi.
Zuraida tu mimpi disiang hari kerana taksub pada Anwar.... rakyat Selangor sebenarnya dah muak dgn mainan politik PKR dan Anwar.... la nie tunggu masa je nak hukum depa kalau ada PRN.... BN akan rampas kerusi PKR
ReplyDeleteJgn syok sndiri dan prasan sgt la zuraidah oii
ReplyDeletePerempuan kalau sampai tahap monopos dia memang meroyan...tapi tahap meroyan si zuraidah ni memang suka bercakap merapu ala ala sasau gitu. Aku suka sangat kalau si Khalid gagap tu bubarkan DUN...kita tengok sape yg nak meroyan tahap gila babi nanti Umno ke PKR silap haribulan PKR dapat telor busuk je..Pas nanti yg sapu bersih...
ReplyDelete