Personaliti TV3, Mazidul beransur pulih
PETALING JAYA – Personaliti TV3 iaitu Mazidul Akmal Sidek dilaporkan beransur pulih dipercayai akibat serangan strok pada Julai lalu.
Menurut sumber terdekat Mazidul, bekas pengacara 999 itu masih dirawat di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar dekat sini namun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai keadaan kesihatannya secara terperinci.
“Apa yang boleh saya beritahu dia semakin sihat dan doakan untuk kesihatannya,” kata ahli keluarga terdekat personaliti itu ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.
Mazidul sebelum ini dilaporkan tenat akibat serangan strok dan berada dalam keadaan ‘induced coma’ atau koma sementara.
Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak keluarganya berhubung laporan berkenaan.
Sementara itu, usaha mStar Online mendapatkan komen daripada isterinya yang dikenali sebagai Fazlin gagal apabila wanita berkenaan enggan mengulas lanjut mengenai keadaan suaminya itu.
Bagaimanapun, Fazlin sempat meluahkan rasa kecewa terhadap beberapa laporan portal dan blog yang memberi gambaran serta persepsi salah terhadap keadaan kesihatan suaminya itu.
“Apa yang dilaporkan semuanya tidak benar dan minta maaf saya tidak dapat menjawab apa-apa soalan mengenai Mazidul kerana mahukan privasi,” ujarnya.
Dalam perkembangan sama, pihak TV3 memaklumkan Mazidul masih diberi cuti dan sedang menerima rawatan di pusat perubatan berkenaan.
“Kami di TV3 berharap Mazidul akan cepat sembuh daripada penyakit tersebut,” kata wakil stesen berkenaan. – mStar Online
Alhamdulillah. Moga2 sdra mazidul kembali sihat dan bertugas. Amin.
ReplyDeleteThis Is What Women Really Want !!
ReplyDeleteKenikmatannya Terasa Hingga Ke Subuh !!
KLIK HERE !!