Thursday, August 7, 2014

Sempoii ..Demi Palestine Menteri Batalkan Urusniaga Kad Kredit HSBC..Anda Bagaimana ?



Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membatalkan kad kredit beliau dengan HSBC sebagai tanda bantahan terhadap penutupan akaun pertubuhan Islam yang menyokong Palestin oleh bank itu.


Pembatalan serta-merta itu dinyatakan dalam suratnya kepada ketua pegawai eksekutif HSBC, yang kemudian dimuat naik ke Internet.


Turut dimuat naik gambar beliau bergaya menggunting kad kredit itu.
"(Ini) protes terhadap bank itu yang menutup akaun pertubuhan yang menyokong perjuangan rakyat Palestin... saya sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin yang ditindas Israel," tulisnya dalam kapsyen gambar itu.
   
Bernama melaporkan tindakan Ismail Sabri mendapat banyak pujian daripada pengikutnya di Internet dan dikongsi meluas di alam maya.
The Guardian pada 30 Julai melaporkan tiga pertubuhan Islam, termasuk Masjid Finsbury Park, menuntut penjelasan daripada HSBC selepas dimaklumkan bank itu bahawa akaun mereka ditutup.
Pertubuhan-pertubuhan itu, termasuk Ummah Welfare Trust (UWT) dan badan pemikir Cordoba Foundation diberi notis dua bulan bertarikh 22 Julai atas alasan di luar “kaedah pengurusan risiko kami”.
Pemegang amanah masjid Finsbury Park Khalid Omar berkata tiada sebab dinyatakan dan beliau menyifatkannya sebagai kempen Islamofobia terhadap pertubuhan Islam.

3 comments:

  1. Bank HSBC memang sombong. Aku teringat tahun 1990-an dulu ketika mula2 nak buka akaun untuk terima gaji. Boleh2 petugas kaunter tu kata, HSBC tak perlukan pendeposit baru atas alasan pendepositnya dah cukup ramai. Aku masih ingat lagi peristiwa tu....

    ReplyDelete
  2. Semua kad kredit sama saja amalkan riba...apa nak hairan

    ReplyDelete
  3. erm tp pi import/eksport hasil bumi ke israel camne plak?

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..