Monday, August 4, 2014

SUBHANALLAH! - KERAJAAN BRUNEI HARAMKAN 19 PERKATAAN INI UNTUK ORANG BUKAN ISLAM


OH! TERBAIK Seperti yang anda tahu, Hukum Hudud telahpun dilaksanakan di Brunei.
 Kini, Kerajaan Brunei telah mengharamkan penggunaan 19 perkataan kepada orang bukan 
islam di negara itu termasuklah perkataanALLAH dan masjid.



Selain itu,perkataan yang diharamkan adalah azan, baitullah, al-Quran, fatwa, 
firman ALLAH, hadis, haji, hukum syarak, Ilahi, kaabah, kalimah syahadat, 
kiblat, imam, mufti, mukmin, solat dan wali.

Mohd Salleh iaitu Pegawai Undang-Undang Syariah Kanan Unit Undang-Undang
 Islam Hardifadhillah berkata, Kod Penal Syariah juga  digunapakai kepada bukan Islam, 
ermasuk kesalahan berzina dengan pasangan Islam, minum arak di tempat awam dan khalwat 
dengan pasangan Islam.

“Jika sabit kesalahan, hukumannya adalah denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau 
satu tahun penjara. Bagi pezina yang dilakukan oleh seorang Muslim yang sudah berkahwin 
dan yang sudah berkahwin tetapi bukan Islam, kedua-duanya boleh dikenakan hukuman rejam 
ampai mati jika kesalahan itu dibuktikan oleh pengakuan atau kesaksian empat saksi,” katanya.

Menurutnya lagi, mana-mana pihak yang menghasut lelaki atau wanita Islam bercerai atau 
tidak menjalankan kewajipan terhadap pasangan masing-masing, turut boleh dikenakan denda
 sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau penjara setahun.

“Di samping itu, Mana-mana ibu atau bapa beragama Islam yang ikhlas menyerahkan anak 
mereka dipelihara oleh orang bukan Islam, boleh dikenakan denda sehingga B$20,000 
(RM52,000) dan atau penjara lima tahun,” katanya.

4 comments:

  1. bole kancing gigi la klau dilaksanakan kat malaysia...

    ReplyDelete
  2. Mcm2 ada pandukan AlQuran Dan Hadis selamat seksa kubir

    ReplyDelete
  3. Mcm2 ada pandukan AlQuran Dan Hadis selamat seksa kubir

    ReplyDelete
  4. Bodohlah hangpa. Ini sah dilaksana di Perak tahun 90

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..