Sunday, September 21, 2014

Dahsyat Ada Pihak Tertentu Tidak Mahu Azmin Jadi MB Selangor, Sehingga Ada Yang SUkA Dia Di Pecat. ?


ADA PIHAK TERTENTU MENCADANGKAN AGAR AZMIN ALI DIPECAT JIKA TERIMA JAWATAN DATO' MENTERI BESAR SELANGOR?????



Perdebatan hangat kini berlaku dalam PKR berikutan khabar angin Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali bakal dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baru pada Selasa. Kredit Omakau.

Sumber dalam parti itu memberitahu terdapat cubaan menyekatnya ketika penyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu menyusun pasukan kerjanya di pejabat menteri besar.

"Ada yang cadangkan supaya Azmin didesak menolak jika dilantik untuk memastikan istana hanya melantik Kak Wan," kata sumber kepada The Malaysian Insider merujuk kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sumber berkata, cadangan desakan itu bertujuan menguji kesetiaan Azmin kepada parti, yang hanya menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon jawatan tertinggi di Selangor itu.

Terdapat juga pandangan ekstrem mencadangkan agar Azmin dipecat jika beliau menerima jawatan menteri besar.

"Kalau Tan Sri Khalid boleh dipecat kerana tidak memberikan laluan kepada Kak Wan, kenapa Azmin tidak boleh dipecat kerana menyekat Kak Wan daripada dilantik?" kata sumber itu, merujuk kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Istana Selangor sudah menetapkan hari Selasa untuk upacara mengangkat sumpah menteri besar baru di Istana Alam Shah, Klang. Bagaimanapun mereka tidak memberitahu siapakah yang akan dilantik.

Sehingga kini, semua pihak masih berteka-teki siapakah menteri besar Selangor yang terpilih.

Sumber pejabat menteri besar Selangor juga tidak mengetahui siapa yang bakal dilantik menggantikan Khalid.

"Nampaknya orang yang paling sibuk melobi para penasihat Sultan adalah Azmin. Boleh jadi dia, mungkin," kata sumber itu.

Kebanyakan media arus perdana meletakkan nama Azmin atau Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad sebagai calon popular.

Dewan Diraja Selangor dikatakan akan bermesyuarat pada Ahad, 21 September ini untuk membuat keputusan akhir berkenaan calon menteri besar. Mereka merupakan badan yang menasihatkan Sultan Selangor.

Khamis lepas, selepas berita keluar tentang majlis mengangkat sumpah pada Selasa tersebar, PKR mengatakan “janggal” jika Azmin dilantik sebagai menteri besar kerana namanya tidak dicalonkan.

PKR dan DAP tetap teguh dengan Dr Wan Azizah untuk jawatan itu disokong 30 Adun yang menandatangani akuan bersumpah menyokongnya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menghantar tiga nama untuk dipilih Istana Selangor, iaitu dua Adun PKR dan satu Adun PAS.

Ketiga-tiga mereka dikatakan adalah Dr Idris Ahmad (PKR - Ijok), Yaakob Sapari (PKR - Kota Anggerik) dan Iskandar (PAS - Chempaka).

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada 7 September lalu memutuskan akan menolak kerusi itu jika ia diberikan kepada Adun mereka.

Namun, Muktamar Tahunan PAS ke-60 yang berlangsung di Batu Pahat, Johor panas dengan perbahasan mengenainya.

Sebahagian besar perwakilan tidak mahu menolaknya manakala golongan yang setia dengan semangat setiakawan Pakatan Rakyat (PR) mahu ia ditolak
.

2 comments:

  1. Pkr sedang tenat,dsai kemaruk kuasa & wang

    ReplyDelete
  2. Azmin !? Politik jijik Pas.......

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..