Friday, September 5, 2014

Dahsyatt : Motosikal ditunggangi mangsa terperosok di bawah lori.

Motosikal ditunggangi mangsa terperosok di bawah lori.

KEMBANGAN – “Saya nampak dia cuba bangun bila motor dinaikinya dilanggar, tapi belum apa-apa datang sebuah lori heret motosikal itu beberapa meter,” kata saksi kemalangan maut di Taman Equine, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.10 pagi itu, mangsa yang dalam perjalanan dari arah Seri Kembangan menuju ke Serdang disahkan meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Topi keledar dipakai mangsa pecah manakala motosikal ditungganginya terperosok di bawah sebuah lori lima tan.

Saksi yang enggan dikenali berkata, sebelum itu mangsa dilihat seperti mahu membuat pusingan U di Jalan Bandar Putra Permai berdekatan Pasar Borong Selangor.

Tiba-tiba datang sebuah kenderaan terus merempuh mangsa menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan.

“Dia cuba bangun namun lori tersebut merempuh motosikal dan mengheret kenderaan itu sejauh beberapa meter.

“Bila didekati tengok mangsa sudah terkulai manakala kaki dan tangannya nampak seperti patah,” katanya.

Pegawai perubatan yang bergegas ke lokasi kejadian bersama ambulan beberapa minit kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku di Kilometer 6, Jalan Putra Permai.

Sebelum kejadian, mangsa dikenali sebagai Muhammad Nazri Kamaruddin, 18, dipercayai membuat pusingan U tanpa melalui jalan susur dan terus masuk ke jalan utama.

“Mangsa, pekerja sebuah kilang dilanggar sebuah kenderaan dan motosikalnya diseret 20 meter dari tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya.



No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..