Friday, September 12, 2014

Jururawat dakwa dirogol dalam ambulans Oleh Rakan Seorang Pemandu

  • kes rogol
 1 / 1 
MERSING - Seorang jururawat berdepan detik hitam selepas mendakwa dirogol di dalam ambulans
 oleh seorang pemandu di belakang asrama hospital di daerah ini, 4 September lalu.

Dalam kejadian yang berlaku awal pagi itu, mangsa berusia 31 tahun mendakwa semasa
mengemas barang untuk dibawa turun  dari ambulans, dia yang keletihan terlelap seketika di dalam
 kenderaan terbabit.Sebelum itu,  dia dan suspek serta seorang lagi pembantu baharu sahaja
sampai dari sebuah hospital di Johor Bahru.

Bagaimanapun, sebaik sahaja sedar, mangsa mendapati ambulans sudah berada di belakang asrama
 hospital dan pintu kenderaan itu berkunci.

Bimbang keselamatan dirinya, mangsa cuba mencari sesuatu untuk membuka pintu ambulans  terbabit,
namun keadaan gelap menyukarkan usahanya.

Tanpa disedari oleh mangsa, pemandu terbabit yang berseorangan didakwa berada di dalam ambulans
 itu terus memperkosa dan merogolnya, walaupun dia bergelut untuk menyelamatkan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superitendan Zulkepli Hashim ketika
 dihubungi  mengesahkan kejadian. “Repot telah diterima dan kita sedang siasat mengikut Seksyen
376 Kanun Keseksaan. Lelaki itu telah kita tangkap untuk siasatan lanjut,” katanya di sini semalam.

Difahamkan lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu itu direman selama tujuh hari bermula semalam.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..