Friday, September 26, 2014

SEJAK KEBELAKANGAN INI, DAP SUDAH DILIHAT SEBAGAI PARTI YANG ANGKUH, SOMBONG, BONGKAK, TIDAK KENANG BUDI DAN LUPA DIRI!!!!!


SEJAK KEBELAKANGAN INI, DAP SUDAH DILIHAT SEBAGAI PARTI YANG ANGKUH, SOMBONG, BONGKAK, TIDAK KENANG BUDI DAN LUPA DIRI!!!!! Omakau



SETIAUSAHA Agung DAP Lim Guan Eng telah memberikan signal jelas seolah-olah Pas bukan lagi rakannya.

Tanpa berselindung, Guan Eng bertegas dengan kenyataan DAP bahawa empat exco Pas yang kekal untuk mengelak Dun Selangor daripada dibubarkan itu khianat.

Malah di dalam kenyataannya yang dipetik Bernama, Guan Eng berkata, beliau mengharapkan Menteri Besar Selangor akan melaksanakan tugas mengikut prinsip Pakatan Rakyat yang dicapai bersama PKR dan DAP, dengan sengaja tidak menyebut nama Pas.

Dalam krisis Menteri Besar Selangor,  boleh dilihat DAP sedikit pun tidak menyalahkan PKR – malah kini, orang memerhatikan parti ini mencurahkan segala kemarahannya pada Pas – seolah-olah segalanya berpunca daripada Pas.

Adilkah itu? Demokratikkah itu? Pas tak boleh berlainan pandangan ke di dalam Pakatan Rakyat? Tak boleh ke setuju untuk tidak setuju?

Barangkali DAP harus merenung bagaimana ia gagal memainkan peranan sebagai pendamai antara PKR dan Pas.

Satu hari nanti, mungkin DAP akan memahami apa yang perlu dilalui Pas sebagai parti apabila ada dua wakil rakyat Melayunya yang menyokong perlaksanaan hudud atas nama Islam.

Dan dua wakil rakyat DAP ini memberikan hujah bahawa mereka terpaksa membuat demikian demi kebaikan agama Islam, yang melebihi kepentingan parti, dan menegaskan mereka tidak berbuat salah.

Kemungkinan pada masa itu, DAP baru akan tersedar bahawa apa yang DAP dan PKR lakukan terhadap Pas - itulah yang seharusnya dilabel sebagai khianat – dan bukannya pada empat orang exco Pas yang merelakan diri ditohmah dan dicaci oleh para penyokong DAP dan PKR semata-mata untuk memastikan kerajaan Pakatan Rakyat terus hidup, Dun Selangor tidak dibubarkan dan melumpuhkan segala perancangan Umno untuk mengambil kesempatan pada perpecahan Pakatan Rakyat akibat Langkah Kajang PKR.

Wahai DAP, janganlah terlalu angkuh dan berlagak macam kamu sahaja yang betul dan berprinsip dalam krisis MB Selangor ini.

Seteruk-teruk kamu menghentam Pas atas isu hudud, Pas bersama Presiden dan jenteranya turun membantu kempen PRK Teluk Intan dan mengambil sikap tidak berdendam dengan kamu, dan tetap menganggap kamu sebagai rakan. Bagaimana pula kamu melayan mereka di PRK Pengkalan Kubor?

Ingatlah, bumi ini bulat. Satu hari nanti, giliran kamu pula yang berdepan dengan kegelapan, kepayahan dan kesejukan.

16 comments:


  1. Dari mula lagi dah memang mereka bagitu ,hanya kita yang tidak peka ,dan juga mungkin tidak memahami matalamat dan tujuan mereka .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka lebih baik dari spesis ulama graduan yg berkualiti guru mengaji yg khianat dan kaki fitnah.

      Ulama fitnah pil kuda yg jatuhkan bukan saja imej PAS tetapi ISLAM

      Delete
  2. mereka dah ramai dalam PKR kot. Atau PKR mudah dibonekakan? Kan mereka dululah yang tolong masa orang utama PKR susah kot? Kini DAP dah ada belang kot?
    PRU 14 akan menentukan segalanya. Mungkin selangor milik BN?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS cuma di percayai oleh orang2 kampung dan miskin sedang PAS ta laku di bandar2 besar kerana kaki U turn, fitnah dan ta berpendirian.PAS di kuasai oleh graduan lulusan agama yg ta ada kualiti kepimpinan.PAS ditetajui ulama fitnah

      Delete
  3. Pergi mampooos PAS UG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama saja ulama dan kutuk UMNO bila di beri kuasa lebih teruk dari UMNO.

      Mereka ingat mereka hebat . Baru jd YB dah berlagak dgn VELFIRE dan ada guna AP utk beli Porche anak

      Delete
    2. Orang bawahan PAS ramai yg rajin kerja termasuk mencari DANA dan sumbangan kerana mahu tegakkan Islam.Ada sanggup berlapar demi ISLAM.Akan tetapi ramai pemimpin mereka perut boroi dan ada milikki Velfire dan Porche . pengikut PAS dah jadi pengikut ayah Pin

      Delete
  4. Itulah hebatnya Khalifah Umar Abdul Aziz. Dulu ramai orang beria2 mengatakan si khalifah ini akan menganut Islam apabila bapanya dah mati. Sekarang apa yang terjadi ? Si khlifah ini dah menunjukkan belangnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana khafir na cenderung kapada Islam sedang pemimpin ramai juga yg mata duitan, kaki caci, kaki sumpah, khianat dan kaki fitnah.

      Na lihat belang PAS lihat bekas anggota mereka seperti Hasang Ali dan Dzulkifli Nothing

      Delete
  5. Itulah hebatnya Khalifah Umar Abdul Aziz. Dulu ramai orang beria2 mengatakan si khalifah ini akan menganut Islam apabila bapanya dah mati. Sekarang apa yang terjadi ? Si khlifah ini dah menunjukkan belangnya.

    ReplyDelete
  6. Itulah hebatnya Khalifah Umar Abdul Aziz. Dulu ramai orang beria2 mengatakan si khalifah ini akan menganut Islam apabila bapanya dah mati. Sekarang apa yang terjadi ? Si khlifah ini dah menunjukkan belangnya.

    ReplyDelete
  7. Jika ada peluang DAPig akan menerkam Melayu Islam macam harimau putih mangsa di zoo Delhi. Itulah DAPig.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka lebih baik dari Melayu jual Melayu dan tanahair

      Delete
  8. DAP lebih berpendirian berbanding PAS. DAP tak flip-flop macam tuang presideng ug. Kalau PAS nak berambus dari PR silakan. Lagi cepat lagi bagus. Tuang presideng ug kaki fitnah. Isu pil kuda tak terjawab sampai hari ini. Macam ni ke nak tunjuk contoh ajaran Islam pada orang bukan islam? Kaki wala' a.k.a. kaki sondol boleh duduk dalam PAS. PAS + PIS - PUS = PUSSY.

    ReplyDelete
  9. Nak bandingkan DAP . Mereka lebih kepada solidariti dan fakta . PAS lagi jahanam dan tidak berprinsip . PAS yang mengajar perkara-perkara ini , PAS terdiri dari ahli agama tapi perangai / sifat lebih terok .....

    ReplyDelete
  10. Pas yg ada puak ug hadi tak akan maju dan akan jumud selama 1000 tahun lagi.
    Kalau betul nk ikut quran dan hadis, contohilah nabi kita. Contohlah perkataan, perbuatan dan perwatakannya dan musuh pun akan respect kita. Mana ada hadis yg nabi veto keputusan musywarah? Ada tak hadis yg nabi berbelit kata dan u-turn dan lempar fitnah "pil kuda, broker, barua"? Tak ada satu pun perkataan dan perbuatan baginda yg cacat marba macam tuan hadi kita.

    Sedarlah, kalau nak wala tu, tengoklah orang tu dulu.

    Apapun kita akan tetap ABU dan ABUg. Turunkan puak ug hadi and the geng, baru aman sikit pas kita ni. Amin.

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..