Thursday, September 25, 2014

Siapa Dia Apek Ini Hanya Naik MRT, Berpakain Seperti Biasa Sehingga Sebuah Akhbar Dedahkan Identitinya

Apek Ini Hanya Naik MRT, Berpakain Seperti Biasa Sehingga Sebuah Akhbar Dedahkan Identitinya


APEK tua ni hanyalah antara ribuan pengguna MRT setiap pagi di Singapura. Tak ramai yang cam atau kenal siapakah apek ini hinggalah baru-baru ini akhbar republik itu mendedahkan identitinya.

‘Apek’ yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah Lim Siong Guan. Lim untuk pengetahuan anda adalah orang nombor satu di negara itu yang ditugaskan untuk mentadbir pelaburan dan khazanah Singapura.

Jawatan yang disandangnya adalah Group President of Singapore Sovereign Wealth Fund GIC, atau kalau diterjemahkan ke Bahasa Melayu – Presiden Kumpulan Pertubuhan Pelaburan Pemerintah Singapura.

Punyalah ‘humble’ dan ‘sempoy’ Lim ni, beg duit dia pun tak pernah berganti sejak 10 tahun lalu, siap ada sticker yang cucu-cucunya lekat. Di pejabat, perkara ‘kecil’ seperti melekatkan setem pun akan dilakukannya sendiri tanpa mengharapkan budak pejabat.

Rutin kerja Lim adalah – empat hari di Singapura, San Francisco, New York, London, Singapura; dan empat hari lagi pusing Asia: Singapura, Mumbai, Tokyo, Seoul, Beijing, Shanghai, Singapura.

Lim juga menolak untuk diberikan limosin sesuai dengan kedudukannya, cukuplah sekadar tuala kecil untuk dia membersihkan diri ketika berada di mana-mana negara yang beliau singgah.

Berusia 67 tahun, Lim digelar ‘Superman’ kerana kesungguhan beliau menjalankan tanggungjawabnya walaupun sudah layak pencen dan duduk di rumah. Soalan yang paling kerap beliau tanyakan pada pekerjanya adalah – ” Ada tak perkara yang boleh saya bantu untuk membolehkan anda melakukan tugas dengan lebih baik? ”

Agak-agak ada tak mana-mana CEO GLC kat Malaysia ni yang bersikap seperti mana yang ditunjukkan Lim? 



7 comments:

  1. Kat Mesia ni Pengarah Jabatan Zakat dapat gaji besar, elaun macam macam dapat kalau travel naik kapal terbang kelas pertama, duduk hotel 5 bintang, kereta paling koman pun Perdana V6 minyak, maintenance semua jabatan tanggung yg kebanyakkan mengguna peruntukan dari duit zakat tapi......bila ada asnaf zakat nak minta bantuan sikit punya susah nak dapat, proses untuk kelulusan saja ambil masa mau sampai 6 bulan untuk dapat bantuan bukannya banyak pun cuma dalam 350 hinggit je sebulan itu pun tiap-tiap bulan kena pegi ambik kat pejabat zakat. Kalau makcik pakcik ni duduk dikawasan pendalaman kos dan masa nak pegi bukannya sikit lepas tu pula kalau makcik pakcik ni tak sehat wakil tak boleh pegi ambil...oh Mesia ku....yg kebanyakkan pemimpinnya berugama Islam yg bermazhab ahlul sunnah waljamaah...tp kat Singapore tu de plak pemimpinnya beragama mcm kebanyakkan pemimpin melayu kat Mesia ni tapi praktik mereka lebih baik dari pemimpun melayu kat Mesia ni.

    ReplyDelete
  2. Ada.....
    Aku tak heran laa. Kat negeri aku selangor nih, dulu pon ada sorang pengarah ekonomi negeri. Gaji dia RM1.00 aje sebolan. Skang ni dia dah pencen dah....Dengar kabor skang duduk kat segambot dalam keadaan papa kedana.

    ReplyDelete
  3. Kat Mesia pun ramai macam tu...kerja menyambut pemimpin hamno melawat kampung, memuji-muji kebijaksanaan Najib menaikkan berbagai cukai dan keupayaan menaikkan harga barang.

    Bila dapat duit sewaktu menjadi pecacai pak turut pergi Siam....tak ada duit lepak di kedai kopi. Hobi pulak mencarut dalam blog

    ReplyDelete
  4. Itu sebab Singapura maju.
    Kita di Malaysia mundur.
    Oh Malaysia tanahairku.
    Agak-agak ada tak mana-mana
    CEO GLC kat Malaysia ni yang
    bersikap seperti mana yang
    ditunjukkan Lim?

    Jawabnya: Jangan mimpilah.

    ReplyDelete
  5. Kat masia, Allah bagi tubuh badan perfect, pendapatan lumayan, dihormati orang, tapi minta doa dari Allah supaya yg tak setuju dgn dia putus urat perut, kerat lidah, buta mata, mcm2 lagi, dah tu boleh kafirkan sesama umat. Apa jadah nya org camni.

    ReplyDelete
  6. PAS dah jadi Parti Paling keji dalam rakan Tahaluf Siyasi..

    Mak Lampir Zuraida kata PAS..Parti Saguhati...

    Nurul Izzah kata.. Gelilah tengok Orang Pas

    Guang Eng DAP kata Pas Parti Pengkhianat..

    Memang patut pon Pas Di Hina kerana menolak Islam.. Hanya pandai mengata Orang Melayu lain Kafir ajer..

    Pak Lebai dalam PAS dah tak der Telor...

    Dewan Tinggal Dewan Muslimat ajer yang berani sokong PKR dan DAP..

    ReplyDelete
  7. Quote: "Aku tak heran laa..."
    Macam la ko tu jadi pengarah..silap2 jadi pegawai pon tak mampu atau jadi pon terrrmegah yang lebih

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..