Tuesday, September 16, 2014

Tahniah.. Kepada Pnyokong Tegar GST . Cukai GST Akan ikon akan Kepada PETROL Dan Disel ?


BERITA GEMBIRA UNTUK PARA PENDOKONG DAN PENYOKONG GST .... CUKAI GST AKAN DIKENAKAN KEPADA PETROL DAN DIESEL????




Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kastam dan Eksais Ishak Daud mengesahkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dikenakan kepada petrol dan diesel walaupun kerajaan masih belum membuat pengumuman demikian.

Ishak mendedahkan perkara berkenaan dalam satu taklimat GST anjuran Universiti Tuanku Abdul Rahman minggu lalu yang juga dilaporkan akhbar bahasa Cina, Sin Chew Daily.

Laporan akhbar Sin Chew Daily turut dipetik oleh laman kereta paultan.org, mengesahkan Umno Barisan Nasional (BN) akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel.

Ini mengesahkan sangkaan ramai selama ini bahawa Umno – BN akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel yang secara langsung bermakna harga minyak akan dinaikkan apabila GST dilaksanakan dalam April 2015 kelak.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sebelum ini berkata kerajaan akan mempertimbangkan tidak mengenakan GST ke atas petrol dan diesel apabila sistem percukaian baru itu dilaksanakan pada April 2015.

Katanya, kerajaan bakal kehilangan hasil jika GST tidak dikenakan ke atas petrol dan diesel, tetapi ia dapat ditampung melalui pelan rasionalisasi subsidi.

Dengan GST pada kadar 6%, harga seliter petrol selepas ini adalah RM2.27 sen dan jika seorang pengguna biasa dianggarkan menggunakan 320 liter petrol sebulan, kenaikan harga minyak akibat GST akan meningkat RM50 sebulan.

Petrol dan diesel yang dikenakan GST akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan apabila cukai kepenggunaan itu dilaksanakan kelak.

Akhirnya, bebanan bulanan setiap isi rumah akan bertambah. Saya anggarkan sekurang-kurangnya meningkat RM100 sebulan dengan kenaikan terus harga minyak, harga barang dan perkhidmatan bagi setiap isi rumah di kawasan bandar dan separa bandar.

Pada ketika pegawai Jabatan Kastam dan Eksais mula mengesahkan kenaikan harga minyak akibat pelaksanaan GST, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih diam seribu bahasa dan mahu berahsia.


16 comments:

  1. Tk BN. Hadiah menang putra jaya. Rakyat menderita & duit potongan gst di kongsi oleh pemimpin bn

  2. Terima kasehlahl kepada tangan2 yg undi omno tempoh hari.
    Seyyessssssssssssssssssssssssssss


  3. Tk BN. Rakyat menderita krn bantu bn perentah putra jaya. Potongan gst dikongsi diantara pemimpin bn. Contoh projek lembu syarijat

  4. Tahniah team bn kerana berjaya menipu rakyat malaysia secara konsisten utk anak beranak & kroni2.kerja satu haram pn pndai,blaja bodo,pemalas,takde pengalaman & takde kemahiran tak mnjadi hal utk melantik anak2 menteri,kroni2 mnjadi org2 keparat dlm syarikat mndpat tender2,projek2 mega utk kenyang beberapa keturunan.sy sebagai rakyat gaji kurang rm 3ribu seisi rumah berasa bertuah krna dpt brim rm650,dan berasa bngga ditipu oleh pemimpin umno drpd anak dilahirkn smpai msuk univrsiti.umno pembela org mlayu,utk generasi mlayu akn dtg.truskn usaha anda.terima kasih..heee

  5. Horeyyy! Yahoo! Seronoknya naik harga minyak lagi-kalau jadi rm10 seliter lagi bagus-lepasni semua guna basikal dan beca untuk pegi mana2-baru la best naik basikal jer-udara punn fresh pencemaran asap dah takde-ramai org dah susah nak kene penyakit sebab hari2 bersenam-rosmah pun makin kurus-terima kasih kerajaan umno/BN kerana menaikkan harga minyak-

  6. Sapa cakap? Kalau lebih Dari satu jawspannya dua tak payah cakap lahh. Mor than 2= 1,


    Ialah nepotism

  7. Bolehker Ketum melantik bini dia jadi Mb???? sedangkan dalam parti kelentong rakyat jawatan KETUM tak der......
    kesian ketum ada pengarah strategi cuma cerdik dalam akademik tapi ........ poyo dalam politik....











    1. Ketum-x naya rakyat 
      Umno-50 thn pedengah; melayu merempet, kilang, dadah, pengangor jadi kuli cina, india & bangladesh. Siapa salah-anuar & cina


  8. Abuya alaf baru ada DLM PKR. abuta kata Putin, maka pengikut2 Abuya PKR kata petai warnanya putih

  9. Alee Utooh lu,omak kau

  10. Biarlah nk gst minyak ke, diesel ke, air ke, udara ke, tanah ke ape saje lh kalau nk gst silakn...ttp tungguuuu! pru14 nnti....yg bodoh2 saje yg tinggal dgn siperlaksana gst tu....

  11. Terima kasih pendokong bn n umno...insyallah kami akan mendakwa anda di atas kesusahan kami bila bertemu dengan allah ..insyallah nanti...

  12. Kalau jbt kastam yg mengesahkn tu dikira betul lh tu, x kn najib nk sahkn habis lh populariti dia .....

  13. Ini semua takdir...terimalah dgn rela hati.

  14. Bila rakyat hanya nk protes kenaikan harga brg dikenakan mcm2 undang2 untuk dikenakn hukuman, x cukup dgn undang2 sivil, mufti pun nk kenakan hukum bugrah pulak, bila rakyat senyap x berani nk protes mcm2 cukai pulak dikenakan. Doa org2 yg dizalimi tu makbul kalau x percaya tanya mufti yg keluarkn fatwa bugrah tu.....

  15. No wonder lh madey and the gang kaw kaw belasah najib .....rupa2 nye betul cakap dia org.....


No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..