Friday, October 31, 2014

Allah Huakhbar !!! Parang Terbang Melekat Atas Kepala..

Jerantut: "Seram apabila saya melihat dia memegang parang yang tertusuk
 di mukanya sambil membonceng motosikal untuk ke Klinik Kesihatan Kuala 
Tahan sejauh lebih dua kilometer," kata Mat Tohor Ahmad, 43, bapa kepada
 seorang lelaki yang bertarung nyawa selepas parang melekat di mukanya 
dalam kejadian di FELCRA Tembeling Tengah, Kuala Tahan, dekat sini, semalam.
Kejadian jam 8 pagi itu berlaku apabila anaknya, Mohd Ridhuan, 20, dari
 Kampung Labu, dekat sini, menebas semak bersama rakannya di kawasan 
berhampiran di ladang FELCRA, dekat sini.
Namun, secara tiba-tiba, hulu parang rakannya tercabut lalu bilahnya 'terbang' 
dan tertusuk hampir lima sentimeter dalam di kepala Mohd Ridhuan menyebabkannya 
rebah serta terbaring kesakitan.
Ketika kejadian Mat Tohor menunggang motosikal berseorangan dari rumahnya
 ke kawasan ladang berhampiran sebelum terserempak dengan mangsa yang 
membonceng motosikal rakannya.
"Dalam keadaan kesakitan itu, Mohd Ridhuan sempat memanggil saya untuk ke 
Klinik Kesihatan Kuala Tahan sambil memegang parang sepanjang 30 sentimeter yang 
melekat di kepalanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


MOHD Ridhuan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Tahan sebelum dirujuk ke HOSHAS dan HTAA.


Keajaiban. !!! Jalan Ini Di Landa Banjir Setiap Hari Tapi Masih Ramai Yang Mahu Laluinya. Pelik!

Angelina Jolie

Pasangan selebriti dari Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt mengakui mereka telah memberikan pendidikan agama yang cukup buat anak-anak mereka.

Jolie tidak membataskan pendidikan itu pada satu atau dua agama sahaja tetapi kesemua anaknya mendapat pendedahan terhadap semua bentuk agama yang ada.
Jolie dan Pitt memperkenalkan semua agama yang wujud di dunia ini buat enam anak mereka dengan menyediakan rak yang memuatkan pelbagai buku dan kitab agama di rumah mereka.
“Kami ada Injil, al-Quran dan semuanya. Kami juga mengajak anak kami ke gereja, kuil, menghadiri upacara ajaran Buddha, pergi masjid, mengajar mereka tentang semua kepercayaan,” katanya.
Walau apa pun agama yang dipilih oleh anak-anaknya satu hari nanti, dia tidak akan sesekali membantah.

Thursday, October 30, 2014

Al-Quran Di Rumah Angelina Jolie Demi Didikan Untuk Anak-anak

Angelina Jolie

Pasangan selebriti dari Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt mengakui mereka telah memberikan pendidikan agama yang cukup buat anak-anak mereka.

Jolie tidak membataskan pendidikan itu pada satu atau dua agama sahaja tetapi kesemua anaknya mendapat pendedahan terhadap semua bentuk agama yang ada.
Jolie dan Pitt memperkenalkan semua agama yang wujud di dunia ini buat enam anak mereka dengan menyediakan rak yang memuatkan pelbagai buku dan kitab agama di rumah mereka.
“Kami ada Injil, al-Quran dan semuanya. Kami juga mengajak anak kami ke gereja, kuil, menghadiri upacara ajaran Buddha, pergi masjid, mengajar mereka tentang semua kepercayaan,” katanya.
Walau apa pun agama yang dipilih oleh anak-anaknya satu hari nanti, dia tidak akan sesekali membantah.

Inilah Gambar Budak diikat tangan, kaki di rumah pengasuh







KEPALA BATAS - Seorang ibu terkejut mendapati anak lelakinya yang berusia empat tahun terbaring di lantai rumah pengasuhnya di  Taman Seri Pinang, di sini, hari ini, dengan tangan dan kakinya diikat.

Kejadian itu disedari ketika wanita itu membuat 'pemeriksaan mengejut' di rumah pengasuh itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, polis menahan pengasuh berusia 39 tahun itu selepas menerima laporan wanita itu, seorang pekerja kilang.

Dia direman sehingga esok bagi membantu siasatan.

Ketika kejadian, hanya anak pengasuh berumur kira-kira 11 tahun berada di rumah itu.

Menurut sumber, kanak-kanak itu dijaga pengasuh tersebut sejak Jun tahun lalu.

“Sebelum ini, tiada masalah berlaku membabitkan anaknya.

“Namun, sejak akhir-akhir ini, ibu mangsa mendapati anaknya itu sentiasa dalam keadaan lapar dan mengambil keputusan untuk melihat sendiri keadaan anaknya ketika di rumah pengasuh tersebut,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, kanak-kanak itu diikat kerana didakwa nakal.

Kes pukul: Mara gantung 8 pelajar Terlebih Cerdik di Balik Pulau




Kes pukul: Mara gantung 8 pelajar MRSM Balik Pulau

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Lapan pelajar lelaki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang yang terbabit dalam kes pukul seorang pelajar tingkatan dua pada 22 Oktober lalu, digantung persekolahan serta merta, lapor Bernama.
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) Azmi Mohamad berkata pelajar terlibat juga boleh dikenakan tindakan buang sekolah sekiranya didapati bersalah.
  
Menurutnya, perkara itu akan disiasat secara rapi dan terperinci dengan mengambil keterangan semua pihak.

"Sebarang tindakan akan diputuskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Disiplin MRSM," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
  
Isnin lepas, polis menahan lapan pelajar terbabit di sekolah itu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dengan diiringi guru mereka bagi membantu siasatan kes berkenaan.
  
Azmi berkata, Mara bagaimanapun masih belum mendapat sebarang laporan rasmi daripada doktor Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang di mana pelajar yang dicederakan itu telah mendapat rawatan bagi mengesahkan dakwaan beliau patah tulang rusuk akibat dipukul

Pasangan Lelaki Wanita Melekat Selepas Buat Hubungan Intim Dalam Laut

Pasangan Lelaki Wanita Melekat Selepas Buat Hubungan Intim Dalam Laut

Pasangan Lelaki Wanita Melekat Selepas Buat Hubungan Intim 
Dalam Laut | Kisah malang ini memberi definisi baru kepada istilah 
‘berkepit macam belangkas’. Sepasang kekasih warga Itali dikejarkan ke
hospital apabila kedua-duanya ‘melekat’ selepas melakukan s3ks di 
dalam lautan di wilayah Marche.

Akhbar Il Mattino melaporkan, pasangan tersebut membuat keputusan 
‘gila’ untuk bersetubuh di lautan Porto San Giorgio bagi mengenang saat 
indah percutian mereka. Namun, aksi akuatik bertukar menjadi mimpi 
ngeri apabila kemaluan mereka melekat disebabkan tekanan udara dalam vag1na.

Kaget dengan situasi yang menimpa, pasangan ini bertindak untuk teruskan 
‘berendam’ di dalam laut sehingga masalah mereka disedari oleh seorang 
pengunjung lain. Terima kasih kepada pengunjung itu, pasangan ini 
diberikan sehelai tuala untuk menutup kem4luan mereka, sebelum digegaskan
 ke hospital berdekatan. 

Wanita tersebut telah diberikan suntikan yang lazimnya diberikan kepada ibu 
mengandung bagi mengembangkan uterusnya, supaya ‘masalah’ mereka selesai.
 Ish, kalau ya pun nak penuhkan fantasi seksual, fikirkan juga akibatnya. Kan
 dah dapat malu!

Wednesday, October 29, 2014

Perghhh Kekejaman pengasuh terbongkar

  • Kekejaman pengasuh terbongkar
 1 / 1 
TINDAKAN kejam seorang pengasuh di Amerika Syarikat yang diberi tanggungjawab untuk menjaga empat kanak-kanak terbongkar selepas seorang daripada mereka mendedahkan perkara itu kepada ibu mereka.

Ketika kejadian itu, Dana Cash, 34, dari Yucaipa, Los Angeles, California diupah oleh seorang wanita yang enggan identitinya didedahkan kepada umum.

Menurut wanita itu, dia telah memeriksa rekod suspek di laman care.com sebelum memberi kepercayaan kepadanya untuk menjaga keempat-empat anaknya termasuk sepasang kembar lapor Daily Mail.

"Dia melayan anak saya dengan baik sepanjang tempoh percubaan yang kami berikan," katanya lagi.

Bagaimanapun, wanita itu terkejut selepas anak sulungnya mengadu tentang perbuatan Cash terhadap adik kembarnya yang berumur 12 bulan.

"Saya cuba untuk mengumpulkan bukti dengan cara melihat semula rakaman video daripada kamera litar tertutup (CCTV). Dia bertindak kasar dengan si kembar  termasuk memasukkan tangannya ke dalam mulut salah seorang daripada mereka dengan ganas," jelasnya.

Susulan daripada insiden itu, Cash telah diberkas oleh Syerif San Bernardino pada 2 Oktober lalu selepas disyaki melakukan penderaan ke atas kanak-kanak, namun dia dibebaskan dengan ikat jamin.

Pihak berkuasa memaklumkan kes tersebut masih dalam siasatan.

2 ISTERI BANTU BOMOH NODA GURU WANITA DIRAKAM CCTV

2 ISTERI BANTU BOMOH NODA GURU WANITA DIRAKAM CCTV
Menurut jurucakap polis, mangsa mengadu menjadi pemuas nafsu Bhupat selama empat hari.
Seorang bomoh ditangkap polis kerana disyaki merogol pesakit dengan bantuan dua isterinya.
Polis berkata, suspek dikenali sebagai Bhupat.
Menurut jurucakap polis, Bhupat Serta dua isterinya - Mona dan Rama - tinggal di rumah sama di Amroli.
“Mereka kini didakwa bersubahat merogol,” katanya.
Jurucakap polis berkenaan berkata, mangsa adalah seorang guru wanita yang bertemu Bhupat untuk mendapatkan bantuan mengesan bapanya yang hilang.
Apabila mengadu masalahnya, Bhupat berjanji membantu mangsa menggunakan kuasa hikmatnya tetapi dengan syarat, guru terbabit mesti mengikut setiap arahan diberi.
Menurut jurucakap polis, mangsa mengadu menjadi pemuas nafsu Bhupat selama empat hari.
“Isteri Bhupat turut bersubahat dalam kes berkenaan.
“Mereka kemudian mengugut untuk

Tuesday, October 28, 2014

Mengapa Doktor Bedah Memakai Pakaian Hijau Sewaktu Pembedahan ?

Mengapa Doktor Bedah Memakai Pakaian Hijau Sewaktu Pembedahan ?


Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa???


Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan....

Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk....

Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah....

Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan....

Melihat warna merah secara terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak mengurangkan sensiviti terhadap variasi warna merah.
Alasan lainnya adalah, terus-menerus fokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor....

Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor...

Ceramah Anwar Di UM, Mungkin Yang Terakhir Tahun 2014 ?

  • Anwar ketika menyampaikan pidatonya di Dewan Dataran Tunku Canselor sebentar tadi. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIMAnwar ketika menyampaikan pidatonya di Dewan Dataran Tunku Canselor sebentar tadi. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
 1 / 1 
PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak gentar dengan segala ugutan daripada musuh politiknya.

Anwar berkata, pelbagai cabaran dan pengalaman yang dilaluinya sepanjang menceburi bidang politik selama ini 'mendewasakannya'.

"Saya dikecam selama 16 tahun, di sekat, tetapi apa salahnya saya diberi untuk berucap selama 20 minit.

"Ini penguasa angkuh...ingat Anwar sudah dewasa, Anwar tidak gentar. Ini masa hadapan kita, hendak dialog tidak boleh, hendak debat tidak boleh...ini apa? Rramai kenalan saya di UK,di Turki suruh saya tinggal di sana kerana takut saya diapa-apakan, tetapi saya kata tidak, kerana saya tidak gentar untuk meneruskan karier politik saya di bumi Malaysia," katanya ketika menyampaikan pidatonya di Dataran Canselori UM malam tadi.

Anwar sebelum itu tiba jam 9.35 malam dengan ditemani isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar kemudiannya berarak ke Dataran Dewan Tunku Canselor menggunakan kereta pacuan empat roda.

Ia diiringi penyokongnya yang dianggarkan hampir 1,000 orang yang mula berkumpul pada jam 8 malam.

Hujan renyai-renyai sebelum itu tidak menghalang penyokongnya untuk berkumpul bagi menyambut kehadiran tokoh pembangkang itu.

Sementara itu, ketika menyentuh mengenai keputusan kes liwat duanya yang akan diketahui pada 29 Oktober ini, Anwar berharap beliau dibebaskan.

"Saya berdoa agar saya dibebaskan, saya yakin saya tidak bersalah," katanya.

Larangan program berkenaan dibuat UM kerana difahamkan penganjurnya, Persatuan Mahasiswa UM tidak mengemukakan permohonan kepada pengurusan universiti.

UM antara destinasi terakhir Anwar sebelum berhadapan dengan keputusan kes liwatnya terhadap bekas pembantu, Saiful Bukhary Azlan oleh Mahkamah Persekutuan Rabu

AF2014 : Wak Doyok Kena Hentam Kerana Firman



Dengar cerita, ada yang lagi ‘panas’ daripada penyingkiran malam tadi. Fuh! Nampaknya peminat-peminat tegar pelajar dari Sabah, Firman betul-betul bengang dengan Wak Doyok.



Ceritanya begini, ketika persembahan trio Ewal, Zarif dan Azwan, Wak Doyok telah membuat penampilan istimewa dan memberikan hadiah khas daripada The Garment Movement.



Tetapi, hadiah tersebut hanya diberikan kepada empat pelajar lelaki kecuali Firman. Kami pun tertanya-tanya mengapa Firman tak dapat hadiah yang sama. Motif? Kalau nak beri hadiah pun berilah kepada semua kan?

Dek kerana insiden inilah ramai peminat mengecam tindakan Wak Doyok. Iyalah, rasanya semua dah tahu bahawa Firman bukan datang dari keluarga yang berada.

Jadi apabila berlaku perkara sebegini, penonton menganggap seperti ada ketidakadilan berlaku kepada Firman. Hmmm. Lapor www.ohbulan.com





Namun, sebenarnya, ia hanyalah gimik semata-mata. Menurut Wak Doyok, dia akan kembali dan memberikan kejutan buat Firman dalam diari AF akan datang.



Kita sebenarnya nak buat gimik. Saya ada buat spot check di rumah mereka. Di antara semua, ada sesuatu yang menyentuh hati iaitu Firman. Kita buat special untuk Firman, bukan di sini, tapi dalam akademi nanti.



Sebelum ini saya dah agak ia akan mengundang kemarahan orang. Tapi produser nak macam ni. Peminat Firman jangan ambil hati. Jujurnya, saya ada sediakan sesuatu untuk Firman. Nak tahu apa, kenalah tunggu.

Oooo, gimik rupanya. Bak kata Wak Doyok, #Orangbuatgimmickakuyangkena haha! Sabarlah Wak Doyok.

Monday, October 27, 2014

Lelaki dituduh melakukan seks dengan anjingnya

Lelaki dituduh melakukan seks dengan anjingnya

KEJI, ungkapan tersebut patut diberi kepada lelaki ini kerana sanggup mempergunakan haiwan peliharaannya bagi memuaskan nafsu serakah.
Jonnie Boggess ditahan selepas kumpulan pejuang hak haiwan melaporkan kepada pihak berkuasa tentang aktiviti seks luar tabiinya dengan Piglet, seekor anjing dari spesies Beagle.
Menurut pihak berkuasa, lelaki berusia 47 tahun itu walau bagaimanapun mempertahankan tindakan tersebut dengan asalan, Piglet mencecah berat lebih dari 40 lbs dan sudah dimandulkan. Entah apa relevan alasannya itu!
Selain itu, Boggess menambah, dia dan ‘pasangannya’ itu hanya melakukan hubungan seks ringan! Macam mana tu?
Menurut laporan Charleston Daily Mail, selepas Boggess selesai melakukan aktiviti senggama dengan Piglet, dia mengambil anjing malang itu dan memanjakannya, memegangnya dan mengucapkan ‘saya cinta awak‘.
Namun demikian, lelaki itu membuat pengakuan yang dia berharap tidak melakukan tindakan tersebut kepada Piglet dan mengakui yang dia sebenarnya mabuk.
Tetapi kenyataan itu ditolak oleh salah seorang jirannya dengan berkata, dia pernah melakukan perkara tersebut terhadap haiwan lain dan ia tidak mengejutkan.
Walau apapun alasan Boggess, tindakannya boleh dianggap gila dan kurang siuman! –MYNEWSHUB

Kalau Kalah Pun Jangan La Sampai Pijak Bendera Negeri Orang Lain...

  • Foto beberapa lelaki memijak bendera Johor yang kini sedang tersebar luas di laman sosialFoto beberapa lelaki memijak bendera Johor yang kini sedang tersebar luas di laman sosial
 1 / 1 
TINDAKAN memijak bendera Johor dikutuk sekeras-kerasnya selepas sekeping gambar memaparkan sekumpulan remaja memijak bendera negeri itu tersebar luas di laman sosial semalam.

Dalam gambar itu, remaja terbabit memegang mafla dan jersi Pahang sambil menutup wajah mereka dan memijak bendera Johor.

Bagi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, persatuan itu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kurang bertamadun itu.

Menurutnya beliau bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ),  Tunku Ismail Sultan Ibrahim sangat kesal dengan tindakan seumpama itu yang boleh menjejaskan semangat kesukanan.

“Kita kini sedang menyiasat sama ada perbuatan ini dilakukan penyokong Pahang atau tidak dan amat kesal dengan insiden ini yang tidak membawa faedah kepada mana-mana pihak.

“Perbuatan sebegini pastinya boleh menjejaskan imej pasukan dan penyokong malah negeri ini sendiri,” katanya semalam.

Sempoii !!! Bermula Dengan Menjual Petai, Ebby Yus Kini Bergelar Usahawan Berjaya


Bermula Dengan Menjual Petai, Ebby Yus Kini Bergelar Usahawan Berjaya

Setelah lebih tiga dekad bergelumang dalam dunia seni sebagai pelakon, Ebby Yus kini mungkin sudah boleh menarik nafas lega dengan rezeki yang dikurniakan padanya.
Walaupun kemewahan yang dimiliki Ebby Yus atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 47, bukan dari bidang seni namun melalui perniagaan yang diceburinya.
Menurut perkongsian dari sebuah blog, Ebby Yus yang kini bergelar usahawan membuktikan kegigihannya membawakan hasil dan buktinya, dia kini bergaya dengan memiliki kereta mewah edisi sport Mercedez Benz.
Ternyata keazaman yang dimiliki oleh Ebby boleh dibanggakan apabila Restoran Adam Lai iaitu restoran yang menyediakan hidangan Cina Muslim yang terletak di Shah Alam, Sri Gombak dan Wangsa Melawati sentiasa tidak menang tangan menerima kunjungan pengunjung setia restoran tersebut.
Walaupun begitu, khabarnya dia masih lagi aktif menerima tawaran di bidang seni yang telah diceburinya sejak 1983 itu.
Pelawak yang sering tampil dengan loghat negeri kelahirannya, Negeri Sembilan itu masih lagi bujang dan selepas ini pasti ramai yang akan memburunya apabila melihat kejayaannya kini sebagai usahawan.
Tetapi semua hasil ini tidak akan datang tanpa usaha keras daripada Ebby Yus yang sudah biasa berniaga walaupun ketika sudah menjadi pelakon.
Dia sebelum ini pernah dilaporkan berniaga secara kecil-kecilan dengan berniaga petai walaupun setelah bergelar pelakon.

Sunday, October 26, 2014

Soalan Bodoh Aziz M Osman Berkenaan Isu Sentuh Anjing.? Adakah dia Setuju..



Seperti kita sedia maklum berkenaan program "I Want To Touch A Dog" baru-baru ini yang diadakan di Central Park,One Utama telah mendapat kecaman pelbagai pihak terutama yang beragama Islam kerana didakwa menghina hukum hakam agama.

Ramai memberi cadangan supaya penganjur program tersebut ditangkap dan dihukum kerana melakukan sesuatu yang menyentuh sensitiviti agama Islam yang merupakan agama rasmi Malaysia.

Disebalik kehangatan kisah itu,pengarah dan penerbit popular iaitu Aziz M. Osman telah melontarkan satu soalan sindiran yang bakal membuat penerbit filem dan pihak LPF terasa akan soalan tersebut.

Adakah ianya merupakan satu soalan rawak atau sememangnya ditujukan untuk menyindir sesetengah pihak? Hanya Aziz M Osman sahaja yang tahu :) Ini pandangan ya,,Saya pun Tidak setuju..apa yang di ucapan Oleh Aziz..M Osman....ini..beret tangan dengan pandangan Ulama..


Dengar' Rama-Rama Kibas Kepak Dalam Telinga



SEORANG lelaki menjadi tidak keruan apabila pendengarannya diganggu dengan bunyi seolah-olah ada sesuatu sedang bergerak-gerak dan mengibaskan kepak dalam telinganya.

Hanya dikenali sebagai Mikey, lelaki itu ditemui rakannya terbaring di lantai sambil mengadu mengesyaki ada serangga masuk ke dalam telinganya dan ia mungkin rama-rama.

Mikey juga memberitahu rakannya, dia dapat mendengar pergerakan serangga itu dalam telinganya terutama ketika kepaknya dikibas.

Menggambarkan saat serangga itu terbang ke dalam telinganya, Mikey berkata: "Saya dapat rasakan ia masuk, saya cuba menepis tetapi gagal."

Kejadian di Missouri, Amerika Syarikat ini menyebabkan rakannya terpaksa menggunakan lampu suluh dan penyepit untuk mengeluarkan rama-rama itu.

Tambah menyukarkan keadaan apabila telinga Mikey juga dipenuhi tahi telinga menyebabkan rakannya perlu membersihkannya dahulu, sebelum meneruskan usaha untuk mengeluarkan rama-rama yang bersembunyi jauh ke dalam lubang telinga lelaki malang itu.

Selepas beberapa kali cubaan gagal, akhirnya mereka berjaya menarik keluar rama-rama coklat sepanjang kira-kira tiga sentimeter dan ia masih hidup.

Sambil serangga itu mengibaskan kepaknya di lantai, Mikey yang ternyata lega berulang kali mengucapkan terima kasih kepada rakan yang membantunya.

Pada awal bulan ini, Mirror melaporkan bagaimana pengembara Britain terpaksa menahan rasa sakit dan tidak selesa apabila lintah melekat pada hidungnya.


Daniella Liverani ke Vietnam dan mengalami pendarahan hidung dan sebaik pulang ke Edinburgh dan mendapatkan rawatan, doktor mengesan adanya lintah pada hidungnya.

Selain itu, pada Ogos, Brit Rob Fielding dilaporkan menjalani pembedahan selama 90 minit untuk mengeluarkan rama-rama yang dikatakan berterbangan dalam kepalanya.

Saya Tahu Tubuh Suami Saya..Keluhan Dan Luahan. Rasa Hati AHLI Keluarga UTZ Azhar..Tersebar..



Nampaknya isteri-isteri dan anak Ustaz Azhar Idrus (UAI) telah memberi respon tentang penyebaran video fitnah Ustaz Azhar Idrus yang menjadi bualan orang ramai.



Isteri pertama, isteri kedua dan juga anak sulung telah membuat status di laman facebook dan ada yang meluah perasaan tentang isu tersebut,

Tentunya mereka sekeluarga sentiasa menyokong Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan terkejut dengan isu video UAI tersebut.

Semoga Ustaz Azhar Idrus dan keluarga sentiasa kuat menghadapi dugaan ini. Memang melampau sungguh penyebaran video tersebut.

Jom baca luahan hati isteri dan anak-anak UAI:

Klik untuk besarkan






Apapun kita doakan semoga keluarga ini tabah menghadapi dugaan yang mendatang. Sangat tidak boleh diterima akal hanya kerana kewujudan video yang tidak sampai 1 minit dan dirakam dengan kualiti kamera ala potatot itu mampu membuatkan sesiapa sahaja percaya ianya adalah UAI. Ketika ini merupakan akhir zaman di mana para pelaku maksiat akan diangkat dan para ulama' akan dijatuhkan. Beringatlah saudara semua, usah dengan video tidak sampai seminit itu mampu membenamkan diri anda sebahagian dari mereka yang fasik selagi tiada wujudnya sebarang bukti ke jalan kebenaran.

Saturday, October 25, 2014

Gara-gara diejek ‘Kecil’, lelaki potong alat sulit sendiri


Gara-gara diejek ‘Kecil’, lelaki potong alat sulit sendiri

TINDAKAN lelaki ini boleh disifatkan sebagai dangkal. Hanya kerana diejek memiliki kemaluan kecil oleh bekas kekasihnya, Oliver Ilic memutuskan untuk melakukan ‘pembedahan sendiri’ dengan memotong kemaluannya.
Namun, tidak lama kemudian, dia yang berusia 22 tahun terpaksa menghubungi pasukan paramedik kerana gagal untuk menghentikan pendarahan.
Al kisahnya, lelaki Macedonia itu mengambil keputusan untuk memotong alat sulitnya kerana bekas teman wanitanya berkata, dia gagal memberi kepuasan maksima di ranjang.
Ujar lelaki itu kepada pasukan paramedik yang datang menyelamatkannya, kelelakiannya tercabar dan dia menyalahkan saiz penisnya yang kecil.
Oliver tepaksa diusung keluar dari rumah dalam keadaan berlumuran darah di bahagian seluar. Paramedik kemudiannya menemui alat sulit lelaki tersebut di dalam tong sampah setelah dipotong menggunakan pisau cukur.
Lain kali, kalau nak mengambil sesuatu tindakan, fikir dahulu masak-masak. Nah, sekarang kan dah menyusahkan diri sendiri? – MYNEWSHUB