Pasangan selebriti dari Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt mengakui mereka telah memberikan pendidikan agama yang cukup buat anak-anak mereka.
Jolie tidak membataskan pendidikan itu pada satu atau dua agama sahaja tetapi kesemua anaknya mendapat pendedahan terhadap semua bentuk agama yang ada.
Jolie dan Pitt memperkenalkan semua agama yang wujud di dunia ini buat enam anak mereka dengan menyediakan rak yang memuatkan pelbagai buku dan kitab agama di rumah mereka.
“Kami ada Injil, al-Quran dan semuanya. Kami juga mengajak anak kami ke gereja, kuil, menghadiri upacara ajaran Buddha, pergi masjid, mengajar mereka tentang semua kepercayaan,” katanya.
Walau apa pun agama yang dipilih oleh anak-anaknya satu hari nanti, dia tidak akan sesekali membantah.
Tak payah nak banggakan apa yg Angelina Jolie ni buat. Anak angkatnya yg bernama Zahara dari keluarga Islam Ethiopia, Maddox dari Cambodia,Paz Thein dari Vietnam (Cambodia dan Vietnam dah pastinya dari kuarga Buddha). Sepatutnya kita persoalkan adakah Zahara dididik secara Islam sebenar.
ReplyDeletekepada Anonymous 6:10,
ReplyDeleteApa yang kamu buat untuk bantu mereka?
AJ tu bang...bukannya jiran sebelah rumah nk dipersoalkan...sukahati dialaa.
ReplyDeletevietnam majoriti komunis, bukan budha
ReplyDelete