Anggota polis memeriksa lokasi kejadian selepas bom tangan kedua diletupkan oleh unit pemusnah bom polis di Bukit Bintang, 12.35 tengah hari tadi. Dua butir bom tangan digunakan dalam insiden pada 4.20 pagi tadi namun satu tidak meletup. FOTO Aizuddin Saad & Sairien Nafis
Dalam kejadian awal pagi tadi, seramai 14 orang cedera dalam insiden letupan bom di sebuah bangunan di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Seorang mangsa yang cedera parah kemudiannya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ketika dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Terdapat empat kenderaan diletakkan di hadapan kelab malam tersebut iaitu masing-masing sebuah Toyota Alphard, Mazda, BMW dan Toyota Camry.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..