Akaun rasmi Twitter Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus menjadi sasaran kritikan dan sindiran mengenai kenaikan minyak RON95 dan diesel 20 sen seliter minggu lalu.
Malah tweet beliau mengenai bot tentera laut yang hilang semalam turut mendapat reaksi sama.
Dalam tweet terbaru beliau, Najib mengucapkan selamat memandu kepada mereka yang pulang selepas berhari raya Aidiladha di kampung halaman masing-masing.
“Tentu ramai yang akan bertolak pulang hari ini setelah selesai beraya. Pandu dengan cermat, Insya-Allah akan tiba di destinasi dengan selamat," tulis beliau.
Tweet tersebut bagaimanapun dibalas dengan pelbagai sindiran.
Pengguna Twitter Daniel Yahya berkata "Kau bolehlah cerita. Minyak kereta kau poket rakyat yang tanggung.”
Seorang lagi pengguna bernama "Aya" pula menulis: “Macam mana nak bertolak pulang kalau isi minyak pun tak cukup duit. Naik kereta lembu lah macam ni. Selamat hari raya Jib."
Dalam tweet pagi tadi, Najib menyatakan beliau terkejut dengan kehilangan bot milik Tentera Laut DiRaja Malaysia dan berdoa akan kesemua tujuh krew bot tersebut selamat.
Tetapi hal itu tetap mendatangkan reaksi sinis pengguna Twitter.
Muhammad Izzat Ammar menulis: “Saya lagi terkejut dengar subsidi minyak kena potong 20sen, Pak Cik."
Tulisan Najib 4 Oktober lalu mengucapkan umat Islam selamat Hari Raya Aidiladha turut mendapat pelbagai komen dengan beberapa menyatakan mereka "berdoa" perdana menteri dapat mengurangkan harga minyak dan meringankan beban mereka.
Harga Petrol minyak rakyat RON95 dan Diesel naik 20sen pada 2 Oktober lalu.
Najib mempertahankan kenaikan itu dan menyatakan walaupun ia tidak popular, ia perlu dilakukan demi manfaat rakyat dan negara untuk jangka masa panjang.
wak lu laaa..... suka2 tarik subsidi sbb nak cover apa??? cover duit upah cari ketebang ilang??? upah tanggung belanja menteri yg berjuta2 tu.... keja ntah apa2... elaun N calim je yg lebih
ReplyDeleteNak kutip untuk brim akan datang...brim akan di naikan ..biar orang sayang jib..jib akan gelak besar...
ReplyDeleteJib, kau bila nak hilang ?
ReplyDelete